Sesiapa yang membaca ketika waktu pagi sebanyak tiga kali

TEKS BAHASA ARAB

من قال حين يصبح ثلاث مرات: اللهم! لك الحمد لا إله إلا أنت، أنت ربي وأنا عبدك، آمنت بك مخلصا لك ديني، إني أصبحت على عهدك ووعدك ما استطعت، أتوب إليك من شر عملي، وأستغفرك لذنوبي التي لا يغفرها إلا أنت، فإن مات في ذلك اليوم دخل الجنة. وإن قال حين يمسي – ثلاث مرات -: اللهم! لك الحمد لا إله إلا أنت، أنت ربي وأنا عبدك، أمسيت على عهدك ووعدك ما استطعت، أتوب إليك من شر عملي، وأستغفر لذنوبي التي لا يغفرها إلا أنت، فمات في تلك الليلة دخل الجنة. ثم كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يحلف ما لا يحلف على غيره، يقول: والله! ما قالها عبد في يوم فيموت في ذلك اليوم؛ إلا دخل الجنة، وإن قالها حين يمسي فتوفي في تلك الليلة؛ دخل الجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang membaca ketika waktu pagi sebanyak tiga kali: Wahai Allah! Segala pujian hanya bagi-Mu, tiada tuhan melainkan-Mu, Engkaulah tuhanku dan aku adalah hamba-Mu, Aku beriman kepada-Mu dan ikhlas semata-mata untuk-Mu agamaku, aku memenuhi di pagi hari perjanjian dan ikrar dengan-Mu sebatas kemampuanku, aku bertaubat kepada-Mu daripada kejahatan -dalam riwayat yang lain: keburukan- amalanku, dan aku memohon keampunan kepada-Mu atas dosa-dosaku yang tiada siapa yang dapat mengampuninya selain-Mu; jika sekiranya dia mati pada hari tersebut, dia akan masuk ke dalam syurga. Jika seseorang membaca pada waktu petang sebanyak tiga kali: Wahai Allah! Segala pujian hanya bagi-Mu, tiada tuhan melainkan-Mu, Engkaulah tuhanku dan aku adalah hamba-Mu, Aku beriman kepada-Mu dan ikhlas semata-mata untuk-Mu agamaku, aku memenuhi di petang hari perjanjian dan ikrar dengan-Mu sebatas kemampuanku, aku bertaubat kepada-Mu daripada kejahatan -dalam riwayat yang lain: keburukan- amalanku, dan aku memohon keampunan kepada-Mu atas dosa-dosaku yang tiada siapa yang dapat mengampuninya selain-Mu. Lalu dia mati pada malam tersebut, dia akan masuk ke dalam syurga. Kemudian, Rasulullah SAW bersumpah dengan suatu sumpah yang baginda tidak lakukan kepada orang lain. Baginda berkata: Demi Allah! Tidaklah seseorang hamba membaca pada suatu hari pada waktu pagi sebanyak tiga kali, lalu dia mati pada hari itu melainkan dia akan masuk ke dalam syurga. Sekiranya dia membacanya pada waktu petang lalu dia mati pada waktu malam, dia akan masuk ke dalam syurga.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2077, hadis nombor 10419. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أبي أمامة – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: من قال حينَ يصبحُ ثلاثَ مرات: اللهم! لكَ الحمدُ لا إله إلا أنت، أنت ربي، وأنا عبدك، آمنتُ بك مخْلِصًا لك ديني. أصبحتُ على عهدك ووعدك ما استطعت، أتوبُ إليك من شرِّ -وفي لفظ: سيىء- عَمَلي، وأستغفركَ لذنوبي التي لا يغفرُها إلا أنت. فإن مات في ذلك اليوم؛ دخل الجنّة. وإن قال حين يمسي ثلاثَ مرَّات: اللهم! لك الحمد لا إله إلا أنت، أنت ربي وأنا عبدك، أمسيتُ على عهدك ووعدك ما استطعت، أتوب إليك من شرِّ -وفي لفظ: سيىء- عملي، وأستغفرك لذنوبي التي لا يغفرها إلا أنت. فمات في تلك الليلةِ؛ دخل الجنّة. ثم كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يحلفُ ما لا يحلف على غيره، ويقول: والله! ما قالها عبد في يوم حين يصبحُ ثلاثاً، فيموت في ذلك اليوم؛ إلا دخل الجنة، وإن قالها حين يمسي فتوفّي في تلك الليلة؛ دخل الجنة.
[طس، طب، وفي ((الدعاء)) أيضا، ((الضعيفة)) (6732)]

(Lemah)
Daripada Abū Umāmah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang membaca ketika waktu pagi sebanyak tiga kali: Wahai Allah! Segala pujian hanya bagi-Mu, tiada tuhan melainkan-Mu, Engkaulah tuhanku dan aku adalah hamba-Mu, Aku beriman kepada-Mu dan ikhlas semata-mata untuk-Mu agamaku, aku memenuhi di pagi hari perjanjian dan ikrar dengan-Mu sebatas kemampuanku, aku bertaubat kepada-Mu daripada kejahatan -dalam riwayat yang lain: Keburukan- amalanku, dan aku memohon keampunan kepada-Mu atas dosa-dosaku yang tiada siapa yang dapat mengampuninya selain-Mu; jika sekiranya dia mati pada hari tersebut, dia akan masuk ke dalam syurga. Jika seseorang membaca pada waktu petang sebanyak tiga kali: Wahai Allah! Segala pujian hanya bagi-Mu, tiada tuhan melainkan-Mu, Engkaulah tuhanku dan aku adalah hamba-Mu, Aku beriman kepada-Mu dan ikhlas semata-mata untuk-Mu agamaku, aku memenuhi di petang hari perjanjian dan ikrar dengan-Mu sebatas kemampuanku, aku bertaubat kepada-Mu daripada kejahatan -dalam riwayat yang lain: keburukan- amalanku, dan aku memohon keampunan kepada-Mu atas dosa-dosaku yang tiada siapa yang dapat mengampunkannya selain-Mu. Lalu dia mati pada malam tersebut, dia akan masuk ke dalam syurga. Kemudian, Rasulullah SAW bersumpah dengan suatu sumpah yang baginda tidak lakukan kepada orang lain. Baginda berkata: Demi Allah! Tidaklah seseorang hamba membaca pada suatu hari pada waktu pagi sebanyak tiga kali, lalu dia mati pada hari itu melainkan dia akan masuk ke dalam syurga. Sekiranya dia membacanya pada waktu petang lalu dia mati pada waktu malam, dia akan masuk ke dalam syurga.
[Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ, al-Mu‘jam al-Kabīr dan juga al-Du‘ā’. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6732]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs