Sesiapa yang memotong (bahagian tubuh) yang masih mempunyai roh (hidup)

TEKS BAHASA ARAB

من مثل بذي روح ثم لم يتب؛ مثل الله به يوم القيامة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang memotong (bahagian tubuh) yang masih mempunyai roh (hidup) kemudian dia tidak bertaubat, maka Allah akan memotong-motong dirinya pada hari kiamat.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 803, hadis nombor 4140. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عمر -رضي الله عنهما-، قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: ((من مثل بذي روح ثم لم يتب؛ مثل الله به يوم القيامة)). [حم، ((الضعيفة)) (5089)]

(Lemah) Daripada Ibn ‘Umar RA, beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang memotong (bahagian tubuh) yang masih mempunyai roh (hidup) kemudian dia tidak bertaubat, maka Allah akan memotong-motong dirinya pada hari kiamat. [Riwayat Aḥmad bin Ḥanbal dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5089]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs