Sesiapa yang menggabungkan di antara dua solat

TEKS BAHASA ARAB

من جمع بين صلاتين من غير عذر فقد أتى بابا من أبواب الكبائر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang menggabungkan di antara dua solat tanpa ada keuzuran, maka dia telah masuk ke salah satu pintu dosa besar.

STATUS

Terdapat riwayat sokongan

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 39. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

وفي الوجيز ابن عباس «من جمع بين صلاتين من غير عذر فقد أتى بابا من أبواب الكبائر» فيه حسين بن قيس كذبه أحمد قلت أخرجه الترمذي، وقال حسين ضعفه أحمد والعمل عليه فأشار أن العمل يعضد الحديث وقد صرح غير واحد بأن دليل الصحة قول أهل العمل به وإن لم يكن له إسناد معتمد وله شاهد عن عمر مرفوعا.

Di dalam kitab al-Wajiz menyebut daripada Ibn ‘Abbas:
“Sesiapa yang menggabungkan di antara dua solat tanpa ada keuzuran, maka dia telah masuk ke salah satu pintu dosa besar.”
Di dalam sanad hadith ini terdapat perawi yang bernama Husain bin Qays. Imam Ahmad menghukumnya sebagai perawi yang berdusta. Aku katakan: Al-Tirmizi meriwayatkan hadith ini. Beliau (Al-Tirmizi) berkata: Imam Ahmad menilainya sebagai perawi yang lemah dan ia diamalkan. Beliau memberi petunjuk bahawa pengamalan terhadap satu perbuatan menjadi sokongan terhadap hadith. Ramai ulama menjelaskan bahawa bukti kesahihan sesuatu adalah bersandarkan ucapan orang yang mengamalkannya walaupun ia tidak mempunyai sanad yang kukuh. Ia mempunyai syahid (riwayat sokongan) daripada Umar secara marfu’.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs