Sesiapa yang menggantung lampu pelita di masjid

TEKS BAHASA ARAB

من علق قنديلا في المسجد صلى عليه سبعون ألف ملك حتى يطفأ ذلك القنديل ومن بسط فيه حصيرا صلى عليه سبعون ألف ملك حتى ينقطع ذلك الحصير.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang menggantung lampu pelita di masjid, sebanyak tujuh puluh ribu malaikat akan mendoakannya sehingga terpadam lampu pelita tersebut. Sesiapa yang membentang tikar, sebanyak tujuh puluh ribu malaikat akan mendoakannya sehinggalah terkoyak tikar tersebut.

STATUS

Terdapat perawi pendusta pada sanadnya

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 37. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

فيه عمر بن صبح كذاب سمرة رفعه.

Di dalam hadith ini terdapat Umar Bin Sobah. Beliau adalah seorang pendusta. Ia diriwayatkan daripada Samurah secara marfu’.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs