TEKS BAHASA ARAB
حديث: من صلى خلف تقي فكأنما صلى خلف نبي.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Sesiapa yang solat belakang orang yang bertakwa, seakan-akan dia solat di belakang Nabi.
STATUS
Tidak ditemui
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 110, hadis nombor 306. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
غير معروف، كما قال مخرجه، وقال السخاوي: لم أقف عليه بهذا اللفظ.
Tidak dikenali sebagaimana disebut oleh orang yang mengeluarlan hadith tersebut. al-Sakhawi berkata: Aku tidak menjumpai hadith dengan lafaz ini.
RUJUKAN
Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.