Sesiapa yang solat pada hari Arafah dua rakaat

TEKS BAHASA ARAB

من صلى يوم عرفة ركعتين يقرأ في كل ركعة بفاتحة الكتاب ثلاث مرات في كل مرة يبدأ ببسم الله الرحمن الرحيم ويختم آخرها بآمين ثم يقرأ بقل يا أيها الكافرون ثلاث مرات وقل هو الله أحد مائة مرة يبدأ في كل مرة ببسم الله الرحمن الرحيم إلا قال عز وجل لملائكته أشهدكم أني قد غفرت له.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang solat pada hari Arafah dua rakaat dan dibaca pada setiap rakaat surah al-Fatihah sebanyak tiga kali, di mana setiap kali dimulakan dengan basmalah dan diakhiri dengan amin, kemudian dibaca surah al-Kafirun sebanyak tiga kali dan surah al-Ikhlas sebanyak seratus kali, di mana setiap kali dimulakan dengan basmalah, maka sesungguhnya Allah SWT berkata kepada malaikat: Aku bersaksi kepada kamu bahawa sesungguhnya Aku telah mengampunkannya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Riwayat ini disebut oleh Abd al-Hayy al-Laknawi al-Hindi (m. 1304H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Āthār al-Marfū’ah fī al-Akhbār al-Mawḍū’ah, di halaman 88. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

حَدِيثُ عَلِيٍّ وَابْنِ مَسْعُودٍ مَرْفُوعًا مَنْ صَلَّى يَوْمَ عَرَفَةَ رَكْعَتَيْنِ يَقْرَأُ فِي كُلِّ رَكْعَةٍ بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ ثَلاثَ مَرَّاتٍ فِي كُلِّ مَرَّةٍ يبْدَأ بِبسْم اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ وَيَخْتِمُ آخِرَهَا بآمين ثمَّ يقْرَأ بقل يَا أَيهَا الْكَافِرُونَ ثَلَاث مَرَّات وَقل هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ مِائَةَ مَرَّةٍ يبْدَأ فِي كل مرّة بِبسْم اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ إِلا قَالَ عَزَّ وَجَلَّ لِمَلائِكَتِهِ أُشْهِدُكُمْ أَنِّي قَدْ غَفَرْتُ لَهُ.
أَخْرَجَهُ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مُحَمَّدِ بْنِ جَعْفَرٍ الْمَعْرُوفُ بِأَبِي الشَّيْخِ ابْنِ حَيَّانَ فِي كِتَابِ الثَّوَابِ بِسَنَدٍ فِيهِ عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنِ أَنْعُمٍ وَأَخْرَجَهُ ابْنُ الْجَوْزِيِّ مِنْ طَرِيقِهِ وَقَالَ لَا يَصِحُّ ابْنُ أَنْعُمٍ ضَعَّفُوهُ قَالَ ابْنُ حِبَّانَ يَرْوِي الْمَوْضُوعَاتِ عَنِ الثِّقَاتِ ويُدَلِّسُ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ سَعِيدٍ الْمَصْلُوبِ وَأَقَرَّهُ عَلَيْهِ السُّيُوطِيّ وَابْن عراق وَغَيرهمَا.

مَنْ صَلَّى يَوْمَ عَرَفَةَ رَكْعَتَيْنِ يَقْرَأُ فِي كُلِّ رَكْعَةٍ بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ ثَلاثَ مَرَّاتٍ فِي كُلِّ مَرَّةٍ يبْدَأ بِبسْم اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ وَيَخْتِمُ آخِرَهَا بآمين ثمَّ يقْرَأ بقل يَا أَيهَا الْكَافِرُونَ ثَلَاث مَرَّات وَقل هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ مِائَةَ مَرَّةٍ يبْدَأ فِي كل مرّة بِبسْم اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ إِلا قَالَ عَزَّ وَجَلَّ لِمَلائِكَتِهِ أُشْهِدُكُمْ أَنِّي قَدْ غَفَرْتُ لَهُ.
Hadis Ali dan Ibn Mas’ud secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang solat pada hari Arafah dua rakaat dan dibaca pada setiap rakaat surah al-Fatihah sebanyak tiga kali, di mana setiap kali dimulakan dengan basmalah dan diakhiri dengan amin, kemudian dibaca surah al-Kafirun sebanyak tiga kali dan surah al-Ikhlas sebanyak seratus kali, di mana setiap kali dimulakan dengan basmalah, maka sesungguhnya Allah SWT berkata kepada malaikat: Aku bersaksi kepada kamu bahawa sesungguhnya Aku telah mengampunkannya.
Abdullah Bin Muhammad Bin Ja’far, yang dikenali dengan Abu al-Shaikh Ibn Hayyan, telah mengeluarkan hadis ini di dalam kitab al-Thawab dengan sanad yang ada padanya Abd al-Rahman bin An’um. Ibn al-Jauzi telah mengeluarkannya melalui jalurnya dan telah berkata: Tidak sahih daripada Ibn An’um, dan mereka menilainya daif. Ibn Hibban berkata bahawa dia meriwayatkan hadis-hadis yang palsu daripada yang thiqah (dipercayai), dan dia mentadlis daripada Muhammad Bin Sa’id al-Maslub. Ini juga telah dipersetujui oleh al-Suyuti, ‘Ibn ‘Iraq dan yang selain daripada mereka.

RUJUKAN

Abd al-Hayy al-Laknawi. (t.t.). al-Āthār al-Marfū’ah fī al-Akhbār al-Mawḍū’ah. Maktabah al-Sharq al-Jadid.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs