Sesiapa yang solat pada hari Rabu sebanyak dua rakaat

TEKS BAHASA ARAB

من صلى ليلة الأربعاء ركعتين يقرأ في الأولى فاتحة الكتاب وقل أعوذ برب الفلق عشر مرات وفي الثانية بعد الفاتحة قل أعوذ برب الناس عشر مرات ثم إذا سلم استغفر الله عشر مرات وصلى على النبي عشر مرات نزل من كل سماء سبعون ألف ملكا يكتبون ثوابه إلى يوم القيامة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang solat pada hari Rabu sebanyak dua rakaat lalu membaca pada rakaat pertama surah al-Fatihah dan surah al-Falaq sebanyak sepuluh kali. Pada rakaat kedua selepas daripada membaca al-Fatihah dia membaca surah al-Nas sepuluh kali. Kemudian setelah memberi salam, dia beristighfar sebanyak sepuluh kali dan selawat ke atas Nabi sebanyak sepuluh kali. Maka akan turun tujuh puluh ribu malaikat daripada setiap langit yang mana mereka akan menulis pahalanya sehinggalah hari kiamat.

STATUS

Sangat Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Riwayat ini disebut oleh Abd al-Hayy al-Laknawi al-Hindi (m. 1304H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Āthār al-Marfū’ah fī al-Akhbār al-Mawḍū’ah, di halaman 54. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

حَدِيثُ مَنْ صَلَّى لَيْلَةَ الأَرْبِعَاءِ رَكْعَتَيْنِ يَقْرَأُ فِي الأولى فَاتِحَة الْكتاب وَقل أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ عَشْرَ مَرَّاتٍ، وَفِي الثَّانِيَةِ بَعْدَ الْفَاتِحَةِ قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ عَشْرَ مَرَّاتٍ، ثُمَّ إِذَا سَلَّمَ اسْتَغْفَرَ اللَّهَ عَشْرَ مَرَّاتٍ وَصَلَّى عَلَى النَّبِيِّ عَشْرَ مَرَّاتٍ نَزَلَ مِنْ كُلِّ سَمَاء سَبْعُونَ ألف ملكا يَكْتُبُونَ ثَوَابَهُ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ.
ذَكَرَهُ الْغَزَالِيُّ مِنْ رِوَايَةِ فَاطِمَةَ وَفِى رِوَايَةٍ أُخْرَى ذَكَرَهَا أَيْضًا سِتَّ عَشَرَ رَكْعَةً يَقْرَأُ بَعْدَ الْفَاتِحَةِ مَا شَاءَ اللَّهُ وَيَقْرَأُ فِي آخِرِ الرَّكْعَتَيْنِ آيَةَ الْكُرْسِي ثَلَاثِينَ مرّة وَفِي الْأَوليين ثَلاثِينَ مَرَّةً قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ يُشَفَّعُ فِي عَشَرَةٍ مِنْ أَهْلِ بَيْتِهِ كُلُّهُمْ وَجَبَتْ لَهُمُ النَّارُ.
قَالَ الْعِرَاقِيُّ: رَوَاهُ أَبُو مُوسَي الْمَدِينِيُّ بِسَنَدٍ ضَعِيفٍ جِدًّا.

Hadis:
من صلى ليلة الأربعاء ركعتين يقرأ في الأولى فاتحة الكتاب وقل أعوذ برب الفلق عشر مرات وفي الثانية بعد الفاتحة قل أعوذ برب الناس عشر مرات ثم إذا سلم استغفر الله عشر مرات وصلى على النبي عشر مرات نزل من كل سماء سبعون ألف ملكا يكتبون ثوابه إلى يوم القيامة.
Maksudnya : “Sesiapa yang solat pada hari Rabu sebanyak dua rakaat lalu membaca pada rakaat pertama surah al-Fatihah dan surah al-Falaq sebanyak sepuluh kali. Pada rakaat kedua selepas daripada membaca al-Fatihah dia membaca surah al-Nas sepuluh kali. Kemudian setelah memberi salam, dia beristighfar sebanyak sepuluh kali dan selawat ke atas Nabi sebanyak sepuluh kali. Maka akan turun tujuh puluh ribu malaikat daripada setiap langit yang mana mereka akan menulis pahalanya sehinggalah hari kiamat.”
Al-Ghazali menyebutnya daripada riwayat Fatimah. Di dalam riwayat yang lain dia menyebut juga 16 rakaat. Selepas al-Fatihah dia membaca ماشاء الله dan pada dua rakaat yang terakhir dia membaca ayat kursi 30 kali. Pada dua rakaat pertama dia membaca surah al-Ikhlas 30 kali. Maka dia boleh berikan syafaat kepada sepuluh orang ahli keluarganya yang mana mereka itu sebenarnya ahli neraka.
Al-Iraqi menyebut: Abu Musa al-Madini meriwayatkan dengan sanad yang tersangat lemah (ضعيف جدا).

RUJUKAN

Abd al-Hayy al-Laknawi. (t.t.). al-Āthār al-Marfū’ah fī al-Akhbār al-Mawḍū’ah. Maktabah al-Sharq al-Jadid.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs