Sesiapa yang solat pada malam hari Selasa lalu membaca pada setiap rakaat

TEKS BAHASA ARAB

من صلى ليلة الثلاثاء ركعتين يقرأ في كل ركعة فاتحة الكتاب مرة وإنا أنزلناه وقل هو الله أحد سبع مرات أعتق الله رقبته من النار ويكون يوم القيامة قائده ودليله إلى الجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang solat pada malam hari Selasa lalu membaca pada setiap rakaat surah al-Fatihah, ayat إنا أنزلناه dan surah al-Ikhlas tujuh kali, maka Allah akan bebaskan dirinya daripada api neraka. Dan ia menjadi pemandunya dan penunjuknya ke syurga pada hari kiamat nanti.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Riwayat ini disebut oleh Abd al-Hayy al-Laknawi al-Hindi (m. 1304H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Āthār al-Marfū’ah fī al-Akhbār al-Mawḍū’ah, di halaman 53-54. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

كَذَا حَدِيثُ مَنْ صَلَّى لَيْلَةَ الثُّلاثَاءِ رَكْعَتَيْنِ يَقْرَأُ فِي كُلِّ رَكْعَةٍ فَاتِحَةَ الْكِتَابِ مَرَّةً وَإِنَّا أَنْزَلْنَاهُ وَقل هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ سَبْعَ مَرَّاتٍ أَعْتَقَ اللَّهُ رَقَبَتَهُ مِنَ النَّارِ وَيَكُونُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ قَائِدَهُ وَدَلِيلَهُ إِلَى الْجنَّة. ذكره الْغَزالِيّ مَنْسُوبا إِلَى رِوَايَة عُمَرَ. قَالَ الْعِرَاقِيُّ فِي الْحَدِيثِ الأَوَّلِ ذَكَرَهُ أَبُو مُوسَي بِغَيْرِ إِسْنَادٍ حِكَايَةً عَنْ بَعْضِ الْمُصَنِّفِينَ وَأَسْنَدَ مِنْ حَدِيثٍ أَبُو مَسْعُودَ وَجَابِرٌ حَدِيثًا فِي صَلاةِ أَرْبَعِ رَكْعَات فِيهَا وَكلهَا مُنكرَة.

Begitu juga hadis:
من صلى ليلة الثلاثاء ركعتين يقرأ في كل ركعة فاتحة الكتاب مرة وإنا أنزلناه وقل هو الله أحد سبع مرات أعتق الله رقبته من النار ويكون يوم القيامة قائده ودليله إلى الجنة.
Maksudnya : “Sesiapa yang solat pada malam hari Selasa lalu membaca pada setiap rakaat surah al-Fatihah, ayat إنا أنزلناه dan surah al-Ikhlas tujuh kali, maka Allah akan bebaskan dirinya daripada api neraka. Dan ia menjadi pemandunya dan penunjuknya ke syurga pada hari kiamat nanti.”
Imam Al-Ghazali menyebutkan hadis ini yang dinisbahkan kepada riwayat Umar. Al-Iraqi berkata: Hadis yang pertama disebutkan oleh Abu Musa tanpa sanad yang diambil dari sebahagian penulis dan menyambungkan hadis tersebut dengan hadis dari Abu Mas’ud dan Jabir tentang solat empat rakaat. Kesemuanya ialah hadis yang munkar.

RUJUKAN

Abd al-Hayy al-Laknawi. (t.t.). al-Āthār al-Marfū’ah fī al-Akhbār al-Mawḍū’ah. Maktabah al-Sharq al-Jadid.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs