Sesunggguhnya apabila Allah menurunkan kerosakan daripada langit ke atas penduduk bumi

TEKS BAHASA ARAB

إن الله إذا أنزل عاهة من السماء على أهل الأرض، صرفت عن عمار المساجد.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesunggguhnya apabila Allah menurunkan kerosakan daripada langit ke atas penduduk bumi, ia (kerosakan itu) akan dipalingkan daripada golongan yang mengimarahkan masjid.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 249, hadis nombor 1297. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس بن مالك – رضي الله عنه – مرفوعا: ((إن الله إذا أنزل عاهة من السماء على أهل الأرض؛ صرفت عن عمار المساجد)). [عد، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (1851، 2449)]

(Lemah)
Daripada Anas bin Malik RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesunggguhnya apabila Allah menurunkan kerosakan daripada langit keatas penduduk bumi, ia (kerosakan itu) akan dipalingkan daripada golongan yang mengimarahkan masjid.
[Riwayata Ibn 'Adi dalam al-Kamil Fi al-Du’afa’ dan Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da‘īfah; no. 1851, 2449]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs