Sesungguhnya Allah akan mewahyukan kepada pokok-pokok di syurga

TEKS BAHASA ARAB

نعم، والذي نفسي بيده! إن الله ليوحي إلى شجر الجنة: أن أسمعي عبادي الذين شغلوا أنفسهم عن المعازف والمزامير بذكري، فتسمعهم بأصوات ما سمع الخلائق مثلها قط؛ بالتسبيح والتقديس.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ya, demi jiwaku yang berada di tanganNya! Sesungguhnya Allah akan mewahyukan kepada pokok-pokok di syurga: Perdengarkanlah (bunyi-bunyian yang indah) kepada hambaKu yang menyibukkan diri mereka daripada alat muzik dan seruling kerana berzikir kepadaKu (mengingati-Ku). Lalu mereka akan mendengar suara-suara yang tidak pernah satu ciptaan pun mendengar yang seumpamanya, iaitu dengan bertasbih dan menyucikan Allah.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 718, hadis nombor 3667. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن أبي هريرة رضي الله عنه، قال: قال رجل: يا رسول الله! هل في ‌الجنة ‌سماع؛ فإني أحب السماع؟ قال: نعم، والذي نفسي بيده! إن الله ليوحي إلى شجر الجنة: أن أسمعي عبادي الذين شغلوا أنفسهم عن المعازف والمزامير بذكري، فتسمعهم بأصوات ما سمع الخلائق مثلها قط؛ بالتسبيح والتقديس.
[الأصبهاني، ((الضعيفة)) (6503)]

(Palsu)
Daripada Abu Hurairah RA berkata: Berkata seorang lelaki: Wahai Rasulullah! Adakah di syurga ada bunyi-bunyian, kerana aku sukakan bunyi-bunyian? Baginda bersabda: Ya, demi jiwaku yang berada di tanganNya! Sesungguhnya Allah akan mewahyukan kepada pokok-pokok di syurga: Perdengarkanlah (bunyi-bunyian yang indah) kepada hambaKu yang menyibukkan diri mereka daripada alat muzik dan seruling kerana berzikir kepadaKu (mengingati-Ku). Lalu mereka akan mendengar suara-suara yang tidak pernah satu ciptaan pun mendengar yang seumpamanya, iaitu dengan bertasbih dan menyucikan Allah.
[Riwayat al-Asbahani. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6503]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.