Sesungguhnya Allah ‘Azza Wa Jalla menciptakan tujuh petala langit dan memilih yang paling tinggi daripadanya lalu Dia mendudukinya

TEKS BAHASA ARAB

إن الله -عز وجل- خلق السموات سبعا، فاختار العليا منها، فسكنها، وأسكن سائر سماواته من شاء من خلقه، وخلق الأرضين سبعا، فاختار العليا منها فأسكنها من شاء من خلقه، ثم خلق الخلق، فاختار من الخلق بني آدم، واختار من بني آدم العرب، واختار من العرب مضر، واختار من مضر قريشا، واختار من قريش بني هاشم، واختارني من بني هاشم، فأنا من خيار إلى خيار، فمن أحب العرب فبحبي أحبهم، ومن أبغض العرب فببغضي أبغضهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah ‘Azza Wa Jalla menciptakan tujuh petala langit dan memilih yang paling tinggi daripadanya lalu Dia mendudukinya. Dan Dia meletakkan pada semua langit-langit-Nya sesiapa yang dikehendaki dalam kalangan makhluk-Nya. Kemudian Dia menciptakan tujuh petala bumi dan memilih yang paling tinggi daripadanya dan meletakkan sesiapa yang dikehendaki dalam kalangan makhluk-Nya. Kemudian Dia menciptakan makhluk, lalu Dia memilih daripada makhluk itu Bani Adam, lalu Dia memilih daripada Bani Adam itu bangsa Arab, lalu Dia memilih daripada bangsa arab itu Kabilah Mudhor, lalu Dia memilih daripada Kabilah Mudhor itu bangsa Quraisy, lalu Dia memilih daripada bangsa Quraisy itu Bani Hasyim, lalu Dia memilih aku daripada Bani Hasyim. Maka aku adalah daripada yang terbaik kepada yang terbaik. Barang siapa yang mencintai Arab maka dengan kasihku, aku akan mengasihinya. Barang siapa yang membenci Arab maka dengan kebencianku, aku akan membenci mereka.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1778, hadis nombor 8945. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن ابن عمر -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((إن الله -عز وجل- خلق السموات سبعا، فاختار العليا منها، فسكنها، وأسكن سائر سماواته من شاء من خلقه، وخلق الأرضين سبعا، فاختار العليا منها فأسكنها من شاء من خلقه، ثم خلق الخلق، فاختار من الخلق بني آدم، واختار من بني آدم العرب، واختار من العرب مضر، واختار من مضر قريشا، واختار من قريش بني هاشم، واختارني من بني هاشم، فأنا من خيار إلى خيار، فمن أحب العرب فبحبي أحبهم، ومن أبغض العرب فببغضي أبغضهم)). [طب، عق، عد، أبو نعيم في ((دلائل النبوة))، ك، ابن قدامة في ((العلو))، العراقي في ((محجة القرب))، ((الضعيفة)) (338، 3038)]

(Munkar)
Daripada Ibn ‘Umar RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya Allah ‘Azza Wa Jalla menciptakan tujuh petala langit dan memilih yang paling tinggi daripadanya lalu Dia mendudukinya. Dan Dia meletakkan pada semua langit-langit-Nya sesiapa yang dikehendaki dalam kalangan makhluk-Nya. Kemudian Dia menciptakan tujuh petala bumi dan memilih yang paling tinggi daripadanya dan meletakkan sesiapa yang dikehendaki dalam kalangan makhluk-Nya. Kemudian Dia menciptakan makhluk, lalu Dia memilih daripada makhluk itu Bani Adam, lalu Dia memilih daripada Bani Adam itu bangsa Arab, lalu Dia memilih daripada bangsa arab itu Kabilah Mudhor, lalu Dia memilih daripada Kabilah Mudhor itu bangsa Quraisy, lalu Dia memilih daripada bangsa Quraisy itu Bani Hasyim, lalu Dia memilih aku daripada Bani Hasyim. Maka aku adalah daripada yang terbaik kepada yang terbaik. Barang siapa yang mencintai Arab maka dengan kasihku, aku akan mengasihinya. Barang siapa yang membenci Arab maka dengan kebencianku, aku akan membenci mereka.
[Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr, al-‘Uqaylī dalam al-Ḍu‘afā’ al-Kabīr, Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil fī al-Ḍu‘afā’, Abu Nu’aim dalam Dalāil al-Nubuwwah, al-Ḥākim dalam al-Mustadrak, Ibn Qudāmah dalam al-‘Uluw, al-‘Irāqī dalam Maḥajjah al-Qurab. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 338, 3038]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs