Sesungguhnya Allah Azza wa jalla turun ke langit dunia

TEKS BAHASA ARAB

إن الله عز وجل ينزل إلى سماء الدنيا، وله في كل سماء كرسي، فإذا نزل إلى سماء الدنيا، جلس على كرسيه، ثم مد ساعديه فيقول: من ذا الذي يقرض غير عادم ولا ظلوم، من ذا الذي يستغفرني فأغفر له؟ من ذا الذي يتوب فأتوب عليه؟ فإذا كان عند الصبح، ارتفع، فجلس على كرسيه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah Azza wa jalla turun ke langit dunia, dan Dia mempunyai Kursi di setiap langit. Apabila Dia turun ke langit dunia, Dia duduk di atas Kursi-Nya kemudian membentangkan kedua lengan-Nya lalu berfirman: “Siapa yang memberi pinjaman (ibadat) kepada Tuhan yang tidak fakir dan tidak zalim? Siapa yang meminta ampun kepada-Ku lalu Aku mengampuninya? Siapa yang bertaubat lalu Aku menerima taubatnya?” Apabila tiba waktu subuh, Allah naik lalu duduk di atas Kursi-Nya.

STATUS

Batil dengan menyebut lafaz Kursi dan duduk

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2052, hadis nombor 10322. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل بذكر (الكرسي والجلوس))
عن أبي هريرة -رضي الله عنه- عن النبي ﷺ قال: إن الله عز وجل ينزل إلى سماء الدنيا، وله في كل سماء كرسي، فإذا نزل إلى سماء الدنيا، جلس على كرسيه، ثم مد ساعديه فيقول: من ذا الذي يقرض غير عادم ولا ظلوم، من ذا الذي يستغفرني فأغفر له؟، من ذا الذي يتوب فأتوب عليه؟ فإذا كان عند الصبح، ارتفع، فجلس على كرسيه.
[ابن منده في ((الرد على الجهمية))، ((الضعيفة)) (6334)]

(Batil dengan menyebut lafaz Kursi dan duduk)
Daripada Abu Hurairah RA, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda: Sesungguhnya Allah Azza wa jalla turun ke langit dunia, dan Dia mempunyai Kursi di setiap langit. Apabila Dia turun ke langit dunia, Dia duduk di atas Kursi-Nya kemudian membentangkan kedua lengan-Nya lalu berfirman: “Siapa yang memberi pinjaman (ibadat) kepada Tuhan yang tidak fakir dan tidak zalim? Siapa yang meminta ampun kepada-Ku lalu Aku mengampuninya? Siapa yang bertaubat lalu Aku menerima taubatnya?” Apabila tiba waktu subuh, Allah naik lalu duduk di atas Kursi-Nya.
[Riwayat Ibn Mandah dalam al-Radd ‘ala al-Jahmiah. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6334]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs