Sesungguhnya Allah Azzawajalla itu tidak dikalahkan dan tidak diperdaya serta tidak pula diberitahu akan apa yang Dia tidak tahu

TEKS BAHASA ARAB

إن الله – عز وجل – لا يغلب ولا يخلب ولا ينبأ بما لا يعلم، من يرد الله به خيرا يفقهه في الدين، ومن لم يفقهه لم يبل به.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah Azzawajalla itu tidak dikalahkan dan tidak diperdaya serta tidak pula diberitahu akan apa yang Dia tidak tahu. Sesiapa yang Allah kehendaki kebaikan untuknya, nescaya Dia akan mengurniakannya kefahaman dalam agama. Manakala sesiapa yang Dia tidak kurniakan kefahaman, nescaya dia tidak akan diuji dengannya.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 567, hadis nombor 2938. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن معاوية بن أبي سفيان – رضي الله عنه -، قَالَ: قَالَ ﷺ: «إن الله – عز وجل – لا يغلب ولا يخلب ولا ينبأ بما لا يعلم، من يرد الله به خيرا يفقهه في الدين، ومن لم يفقهه لم يبل به». [ع، الطبراني في «مسند الشامين»، «الضعيفة» (6708)].

(Sangat Lemah) Daripada Mu‘āwiyah bin Abu Sufyān RA, beliau berkata: Baginda ﷺ bersabda: “Sesungguhnya Allah Azzawajalla itu tidak dikalahkan dan tidak diperdaya serta tidak pula diberitahu akan apa yang Dia tidak tahu. Sesiapa yang Allah kehendaki kebaikan untuknya, nescaya Dia akan mengurniakannya kefahaman dalam agama. Manakala sesiapa yang Dia tidak kurniakan kefahaman, nescaya dia tidak akan diuji dengannya.” [Riwayat Abū Ya‘lā dalam Musnadnya dan al-Ṭabarānī dalam Musnad al-Shāmiyyīn. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6708].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs