Sesungguhnya Allah membenci perbuatan menyalahkan Abu Bakar di muka bumi

TEKS BAHASA ARAB

إن الله يكره في السماء أن يخطأ أبو بكر في الأرض.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah membenci perbuatan menyalahkan Abu Bakar di muka bumi.

STATUS

Diperselisihkan

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 93. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

معَاذ بن جبل «إِنَّ اللَّهَ يَكْرَهُ فِي السَّمَاءِ أَنْ يُخَطَّأَ أَبُو بَكْرٍ فِي الأَرْض» تفرد بِهِ أَبُو الْحَرْث ذَاهِب الحَدِيث قلت هُوَ من رجال ابْن مَاجَه وَلم يتفرد بِهِ ابْن مَسْعُود.

Daripada Muaz bin Jabal:
“Sesungguhnya Allah membenci perbuatan menyalahkan Abu Bakar di muka bumi.” Abu al-Harth telah meriwayatkan hadith ini secara bersendirian. Beliau adalah orang yang kehilangan hadith-hadith riwayatnya. Saya katakan: Abu al-Harth adalah salah seorang perawi Ibn Majah. Beliau tidak bersendirian meriwayatkan hadith ini kerana ada riwayat daripada Ibn Mas’ud.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs