Sesungguhnya Allah memberikan aku (empayar) Parsi

TEKS BAHASA ARAB

إن الله أعطاني فارس ونساءهم وأبناءهم وسلاحهم وأموالهم وأعطاني الروم ونساءهم وأبناءهم وسلاحهم وأموالهم وأمدني بحمير.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah memberikan aku (empayar) Parsi, perempuan-perempuan mereka, anak-anak mereka, senjata-senjata mereka dan harta-harta mereka. Allah juga telah berikan aku (empayar) Rom, perempuan-perempuan mereka, anak-anak mereka, senjata-senjata mereka dan harta-harta mereka. Dan (empayarku) diperluaskan sehingga ke Himyar (daerah di Yaman).

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1803, hadis nombor 9087. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبدالله بن سعد – رضي الله عنه – مرفوعا: ((إن الله أعطاني فارس ونساءهم وأبناءهم وسلاحهم وأموالهم، وأعطاني الروم ونساءهم وأبناءهم وسلاحهم وأموالهم، وأمدني بحمير)). [ابن عساكر، ((الضعيفة)) (1517)]

(Lemah) Daripada Abdullah bin Sa’ad RA berkata, Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah memberikan aku (empayar) Parsi, perempuan-perempuan mereka, anak-anak mereka, senjata-senjata mereka dan harta-harta mereka. Allah juga telah berikan aku (empayar) Rom, perempuan-perempuan mereka, anak-anak mereka, senjata-senjata mereka dan harta-harta mereka. Dan (empayarku) diperluaskan sehingga ke Himyar (daerah di Yaman)." [Riwayat Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1517]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs