Sesungguhnya Allah taala akan menyoal seseorang hamba tentang lebihan ilmunya

TEKS BAHASA ARAB

إن الله تعالى يسأل العبد عن فضل علمه، كما يسأله عن فضل ماله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah taala akan menyoal seseorang hamba tentang lebihan ilmunya, seperti mana Dia akan menyoal tentang lebihan hartanya.

STATUS

Tidak ada asal

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 637, hadis nombor 3302. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(لا أصل له بهذا السياق) عن ابن عمر -رضي الله عنها -، قال: قال ﷺ: «إن الله – تعالى – يسأل العبد عن فضل علمه، كما يسأله عن فضل ماله». [«الضعيفة (7098)].

(Tidak ada asalnya dengan konteks ini) Daripada Ibn Umar RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah taala akan menyoal seseorang hamba tentang lebihan ilmunya, seperti mana Dia akan menyoal tentang lebihan hartanya.” [Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 7098]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs