Sesungguhnya Allah Taala telah membuat suatu perjanjian kepadaku berkenaan Ali

TEKS BAHASA ARAB

إن الله –تعالى- عهد إليّ عهدا في علي. فقلت: يا رب! بينه لي؟! فقال: اسمع. فقلت: سمعت. فقال: إن عليا راية الهدى، وإمام أوليائي، ونور من أطاعني، وهو الكلمة التي ألزمتها المتقين. من أحبه أحبني، ومن أبغضه أبغضني.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah Taala telah membuat suatu perjanjian kepadaku berkenaan Ali. Maka aku (Rasulullah SAW) berkata, "Wahai Allah, terangkanlah kepadaku tentangnya, maka Allah berfirman: Dengarilah, Aku berkata: Aku mendengar, Allah berfirman: Sesungguhnya Ali adalah simbol petunjuk, ketua para waliku, cahaya kepada sesiapa yang mentaatiku, itulah perkataan yang telah aku wajibkan kepada orang yang mengikutiku, siapa yang mencintainya, dia juga mencintaiKu, barangsiapa yang memusuhinya maka dia juga memusuhiKu, khabarkanlah kepadanya berita gembira itu. Ketika itu Ali telah datang dan aku telah mengkhabarkan khabar gembira itu kepada Ali. Ali telah berkata, "Wahai Rasulullah, aku adalah hamba Allah dan berada di dalam genggaman-Nya, jika Dia berkehendak mengazabku, maka Dia mengazab aku disebabkan dosaku. Jika disempurnakan kepadaku dengan khabar gembira yang engkau berikan kepadaku, maka Allah lebih layak untuk berbuat demikian kepadaku. Baginda berkata: Aku berkata: Wahai Allah, sucikanlah hatinya, jadikanlah masa remaja atau umurnya dalam keimanan. Kemudian Allah berfirman: Aku telah jadikan dia seperti itu. Kemudian dia (Ali) diangkat (darjatnya) dan diuji dengan satu ujian yang tidak pernah ada orang lain dari sahabatku yang diuji sepertinya. Maka aku berkata (kepada Allah): Walaupun dia saudaraku dan sahabatku? lalu Allah menjawab: Perkara ini telah ditetapkan, dia adalah orang yang akan diuji dan orang diuji dengannya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 485, hadis nombor 2607. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي برزة –رضي الله عنه- مرفوعا: ((إن الله –تعالى- عهد إليّ عهدا في علي. فقلت: يا رب! بينه لي. فقال: اسمع. فقلت: سمعت. فقال: إن عليا راية الهدى، وإمام أوليائي، ونور من أطاعني، وهو الكلمة التي ألزمتها المتقين. من أحبه أحبني، ومن أبغضه أبغضني)). فبشره بذلك. فجاء علي، فبشرته، فقال: يا رسول الله! أنا عبد الله وفي قبضته، فإن يعذبني فبذنبي، وإن يتم الذي بشرتني به فالله أولى بي. قال: قلت: اللهم! أجل قلبه، واجعل ربيعه الإيمان. فقال الله: قد فعلت به ذلك. ثم إنه رفع إلى أنه سيخصه من البلاء بشيء لم يخص به أحدا من أصحابي. فقلت: يا رب! أخي وصاحبي؟! فقال: إن هذا شيء قد سبق؛ إنه مبتلى ومبتلى به. [حل، ((الضعيفة)) (4887)]

(Palsu)
Daripada Abu Barzah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya Allah Taala telah membuat suatu perjanjian kepadaku berkenaan Ali. Maka aku (Rasulullah SAW) berkata, "Wahai Allah, terangkanlah kepadaku tentangnya, maka Allah berfirman: Dengarilah, Aku berkata: Aku mendengar, Allah berfirman: Sesungguhnya Ali adalah simbol petunjuk, ketua para waliku, cahaya kepada sesiapa yang mentaatiku, itulah perkataan yang telah aku wajibkan kepada orang yang mengikutiku, siapa yang mencintainya, dia juga mencintaiKu, barangsiapa yang memusuhinya maka dia juga memusuhiKu, khabarkanlah kepadanya berita gembira itu. Ketika itu Ali telah datang dan aku telah mengkhabarkan khabar gembira itu kepada Ali. Ali telah berkata, "Wahai Rasulullah, aku adalah hamba Allah dan berada di dalam genggaman-Nya, jika Dia berkehendak mengazabku, maka Dia mengazab aku disebabkan dosaku. Jika disempurnakan kepadaku dengan khabar gembira yang engkau berikan kepadaku, maka Allah lebih layak untuk berbuat demikian kepadaku. Baginda berkata: Aku berkata: Wahai Allah, sucikanlah hatinya, jadikanlah masa remaja atau umurnya dalam keimanan. Kemudian Allah berfirman: Aku telah jadikan dia seperti itu. Kemudian dia (Ali) diangkat (darjatnya) dan diuji dengan satu ujian yang tidak pernah ada orang lain dari sahabatku yang diuji sepertinya. Maka aku berkata (kepada Allah): Walaupun dia saudaraku dan sahabatku? lalu Allah menjawab: Perkara ini telah ditetapkan, dia adalah orang yang akan diuji dan orang diuji dengannya.
[Riwayat Abu Nu’aim dalam al-Hilyah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4887]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs