Sesungguhnya Allah Tabaraka Wa Ta'ala berfirman: Aku menyediakan keampunan yang lebih besar berbanding yang Aku sembunyikan kepada hamba-Ku

TEKS BAHASA ARAB

إن الله – تبارك وتعالى – يقول: أنا أعظم عفوا من أن أستر على عبدي ثم أفضحه، ولا أزال أغفر لعبدي ما استغفرني.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah Tabaraka Wa Ta’ala berfirman: Aku menyediakan keampunan yang lebih besar berbanding yang Aku sembunyikan kepada hamba-Ku, kemudian Aku bongkarkannya dan Aku sentiasa memberikan keampunan kepada hambaKu selagi dia memohon keampunan kepada-Ku.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1473, hadis nombor 7510. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس بن مالك – رضي الله عنه – مرفوعا: ((إن الله – تبارك وتعالى – يقول: أنا أعظم عفواً من أن أستر على عبدي ثم أفضحه، ولا أزال أغفر لعبدي ما استغفرني)). [عق، عد، البيهقي في ((الزهد))، ((الضعيفة) (4036)]

(Lemah)
Daripada Anas bin Malik RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya Allah Tabaraka Wa Ta’ala berfirman: Aku menyediakan keampunan yang lebih besar berbanding yang Aku sembunyikan kepada hamba-Ku, kemudian Aku bongkarkannya dan Aku sentiasa memberikan keampunan kepada hambaKu selagi dia memohon keampunan kepada-Ku.
[Riwayat al-'Uqaili dalam al-Du’afa’ al-Kabir, Ibn 'Adi dalam al-Kamil fi al-Du’afa’ dan al-Baihaqi dalam al-Zuhd. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4036]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs