Sesungguhnya antara kebanyakan dosa-dosa, terdapat dosa-dosa yang tidak dapat ditebus

TEKS BAHASA ARAB

إن من الذنوب ذنوباً لا يكفرها صيام، ولا صلاة، ولا حج، ولا جهاد، إلا الغموم والهموم في طلب العلم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya antara kebanyakan dosa-dosa, terdapat dosa-dosa yang tidak dapat ditebus dengan puasa, solat, haji mahupun jihad melainkan (ditebus dengan) kepayahan dan kesusahan dalam menuntut ilmu.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 767, hadis nombor 3915. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي أمامة – رضي الله عنه – مرفوعاً: ((إن من الذنوب ذنوباً لا يكفرها صيام، ولا صلاة، ولا حج، ولا جهاد، إلا الغموم والهموم في طلب العلم)). [أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، ((الضعيفة)) (925)].

(Lemah) Daripada Abi Umamah RA secara marfu’: Sesungguhnya antara kebanyakan dosa-dosa, terdapat dosa-dosa yang tidak dapat ditebus dengan puasa, solat, haji mahupun jihad melainkan (ditebus dengan) kepayahan dan kesusahan dalam menuntut ilmu. [Riwayat Abu Nuaim dalam Akhbar Asbahan. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 925]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs