Sesungguhnya bagi setiap Nabi pada hari kiamat mimbar yang diperbuat daripada cahaya

TEKS BAHASA ARAB

إن لكل نبي يوم القيامة منبرا من نور، وإني لعلى أطولها وأنورها، فيجيء مناد ينادي: أين النبي الأمي؟ قال: فيقول الأنبياء: كلنا نبي أمي، فإلى أينا أرسل؟ فيرجع الثانية فيقول: أين النبي العربي؟ قال: فينزل محمد حتى يأتي باب الجنة فيقرعه فيقول: من؟ فيقول: محمد – أو أحمد -، فيقال: أوقد أرسل إليه؟ فيقول: نعم. فيفتح له فيدخل، فيتجلى له الرب، ولا يتجلى لنبي قبله، فيخر لله ساجدا، ويحمده بمحامد لم يحمده بها أحد ممن كان قبله، ولن يحمده أحد بها ممن كان بعده، فيقال له: محمد ارفع رأسك، تكلم تسمع، واشفع تشفع، … فذكر الحديث.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya bagi setiap Nabi pada hari kiamat mimbar yang diperbuat daripada cahaya, dan sesungguhnya bagiku mimbar yang paling tinggi dan paling bercahaya. Lalu datang seorang penyeru yang menyeru: Di manakah nabi yang buta huruf? Lalu berkata para Nabi: "Kami semua nabi yang buta huruf, maka kepada siapakah di antara kami yang (penyeru) itu diutuskan (untuk mencarinya?" Lalu penyeru itu datang untuk kali yang kedua dan berkata: Siapakah Nabi yang berbangsa Arab? Lalu Baginda bersabda: Maka turunlah Muhammad sehingga baginda datang ke pintu syurga lalu baginda mengetuknya. Maka penyeru itu berkata: Siapa? Baginda menjawab: Muhammad atau Ahmad, ditanya: Adakah dia diutuskan untuk datang? Baginda berkata: Ya. Lalu dibuka baginya (pintu itu) dan Baginda masuk. Lalu Tuhan menzahirkan dirinya kepadanya sedangkan Dia tidak pernah muncul kepada mana-mana Nabi pun sebelumnya. Kemudian Baginda sujud kepada Allah dan dia memuji-Nya dengan pujian yang tidak pernah dipuji dengannya seseorang sebelum daripadanya, dan tidak juga pernah dipuji dengannya seseorang selepas daripadanya. Lalu dikatakan kepadanya: Muhammad! Angkatlah kepalamu dan bercakaplah nescaya kamu akan didengar dan berilah syafaat nescaya syafaatmu akan diterima.” (Lalu disebutkan (keseluruhan) hadith)

STATUS

Munkar dengan konteks ini

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1550, hadis nombor 7861. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بهذا السياق) عنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ -رضي الله عنه-، قال: ((إن لكل نبي يوم القيامة منبرا من نور، وإني لعلى أطولها وأنورها، فيجيء مناد ينادي: أين النبي الأمي؟ قال: فيقول الأنبياء: كلنا نبي أمي، فإلى أينا أرسل؟ فيرجع الثانية فيقول: أين النبي العربي؟ قال: فينزل محمد حتى يأتي باب الجنة فيقرعه فيقول: من فيقول: محمد – أو أحمد -، فيقال: أوقد أرسل إليه؟ فيقول: نعم. فيفتح له فيدخل، فيتجلى له الرب، ولا يتجلى لنبي قبله، فيخر لله ساجدا، ويحمده بمحامد لم يحمده بها أحد ممن كان قبله، ولن يحمده أحد بها ممن كان بعده، فيقال له: محمد ارفع رأسك، تكلم تسمع، واشفع تشفع، … فذكر الحديث.)) . [حب، ((الضعيفة)) (6491)]

(Munkar dengan konteks ini)
Daripada Anas Bin Malik RA, beliau berkata: “Sesungguhnya bagi setiap Nabi pada hari kiamat mimbar yang diperbuat daripada cahaya, dan sesungguhnya bagiku mimbar yang paling tinggi dan paling bercahaya. Lalu datang seorang penyeru yang menyeru: Di manakah nabi yang buta huruf? Lalu berkata para Nabi: "Kami semua nabi yang buta huruf, maka kepada siapakah di antara kami yang (penyeru) itu diutuskan (untuk mencarinya?" Lalu penyeru itu datang untuk kali yang kedua dan berkata: Siapakah Nabi yang berbangsa Arab? Lalu Baginda bersabda: Maka turunlah Muhammad sehingga baginda datang ke pintu syurga lalu baginda mengetuknya. Maka penyeru itu berkata: Siapa? Baginda menjawab: Muhammad atau Ahmad, ditanya: Adakah dia diutuskan untuk datang? Baginda berkata: Ya. Lalu dibuka baginya (pintu itu) dan Baginda masuk. Lalu Tuhan menzahirkan dirinya kepadanya sedangkan Dia tidak pernah muncul kepada mana-mana Nabi pun sebelumnya. Kemudian Baginda sujud kepada Allah dan dia memuji-Nya dengan pujian yang tidak pernah dipuji dengannya seseorang sebelum daripadanya, dan tidak juga pernah dipuji dengannya seseorang selepas daripadanya. Lalu dikatakan kepadanya: Muhammad! Angkatlah kepalamu dan bercakaplah nescaya kamu akan didengar dan berilah syafaat nescaya syafaatmu akan diterima.” (Lalu disebutkan (keseluruhan) hadith)
[Riwayat Sahih Ibn Hibban. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6491]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs