Sesungguhnya Islam itu bermula sebagai jaza' (unta yang berusia cukup empat tahun)

TEKS BAHASA ARAB

إن الإسلام بدأ جذعا، ثم ثنيا، ثم رباعيا، ثم سديسا، ثم بازلا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Islam itu bermula sebagai jaza’ (unta yang berusia cukup empat tahun), kemudian sebagai thani (unta yang berusia cukup lima tahun), kemudian sebagai raba’i (unta yang berusia cukup lima tahun), kemudian sebagai sadis (unta yang berusia cukup tujuh tahun), kemudian sebagai bazil (unta yang berusia cukup lapan tahun).

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 459, hadis nombor 2461. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن علقمة بن عبد الله المزني -رضي الله عنه-، قال: حدثني فلان أنه شهد عمر بن الخطاب -رضي الله عنه- يقول لرجل من جلسائه: يا فلان، كيف سمعت رسول الله ﷺ ينعت الإسلام؟ فقال: سمعته يقول: «إن الإسلام بدأ جذعا، ثم ثنيا، ثم رباعيا، ثم سديسا، ثم بازلا». [حم، ع، ابن نصر في «الصلاة»، «الضعيفة» (2064)].

(Lemah) Daripada ‘Alqamah bin Abdullah al-Muzani RA, beliau berkata: Polan menceritakan kepadaku bahawa beliau menyaksikan Umar bin al-Khattab RA berkata kepada seorang lelaki dalam kalangan temannya: "Wahai si polan, bagaimanakah kamu mendengar Rasulullah ﷺ menyifatkan Islam?", lalu beliau menjawab: Aku mendengar baginda bersabda: “Sesungguhnya Islam itu bermula sebagai jaza’ (unta yang berusia cukup empat tahun), kemudian sebagai thani (unta yang berusia cukup lima tahun), kemudian sebagai raba’i (unta yang berusia cukup lima tahun), kemudian sebagai sadis (unta yang berusia cukup tujuh tahun), kemudian sebagai bazil (unta yang berusia cukup lapan tahun).” [Riwayat Ahmad dalam Musnadnya, Abu Ya’la dan Ibn Nasr dalam al-Salah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2064].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs