Sesungguhnya jika mereka lapar mereka akan mencuri dan jika mereka kenyang mereka akan berzina

TEKS BAHASA ARAB

حديث: أنه صلى الله عليه وآله وسلم رأى طعاما. فقال: لمن هذا؟ قال العباس: للحبشة. أطعمهم وأكسوهم قال: لا تفعل، إنهم إن جاعوا سرقوا، وإن شبعوا زنوا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Bahawa Nabi SAW melihat satu makanan. Baginda bertanya: Untuk siapakah makanan ini? Al-Abbas menjawab: Untuk Habsyah. Aku memberi makanan dan pakaian untuk mereka. Nabi SAW bersabda: Jangan lakukan. Sesungguhnya jika mereka lapar mereka akan mencuri dan jika mereka kenyang mereka akan berzina.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 415, hadis nombor 173. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه الدارقطني عن ابن عباس مرفوعا، وفي إسناده: عمر بن حفص المكي، وليس بشيء. وقد تفرد به. وقد روى ابن عدي نحوه عن عائشة مرفوعا ولفظه: الزنجي إذا شبع إلخ. وفي إسناده: عنبسة البصري متروك. وروى الطبراني نحوه عن ابن عباس مرفوعا. وقال: لا خير في الحبش: إذا جاعوا سرقوا، وإذا شبعوا زنوا، وإن فيهم لخلتين حسنتين. إطعام الطعام، وبأس عند البأس، وهو من رواية عوسجة عن ابن عباس.
قال الذهبي في المغني: عوسجة عن ابن عباس. روى له أبو داود، مجهول.

Diriwayatkan oleh al-Daraqutni daripada Ibn Abbas secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Pada sanadnya terdapat Umar bin Hafs al-Makki, dia tiada suatu apapun (tidakboleh dijadikan hujah). Dia telah bersendirian dalam meriwayatkan hadith ini. Ibn Adi meriwayatkan seumpamanya daripada Aisyah secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW) dengan lafaz: al-zinji (orang kulit hitam) itu jika kenyang _ sehingga akhir hadith. Pada sanadnya terdapat Anbasah al-Basri, seorang yang matruk (ditinggalkan hadithnya).
Al-Tabarani meriwayatkan yang seumpamanya daripada Ibn Abbas secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Dia berkata: Tiada kebaikan bagi orang Habasyah: Jika mereka lapar mereka akan mencuri, jika mereka kenyang mereka akan berzina. Mereka ada dua sikap yang bagus, memberi makan dan berani ketika perang. Ia adalah dari riwayat Ausajah daripada Ibn Abbas.
Al-Zahabi berkata dalam al-Mughni: Ausajah daripada Ibn Abbas. Abu Daud meriwayatkan daripadanya. Dia seorang yang majhul (tidak dikenali).

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs