Sesungguhnya manusia terakhir yang masuk ke dalam syurga ialah seorang lelaki yang terumbang-ambing di titian sirat belakang ke depan

TEKS BAHASA ARAB

إن آخر رجل يدخل الجنة: رجل يتقلب على الصراط ظهرا لبطن؛ كالغلام يضربه أبوه وهو يفر منه، يعجز عنه عمله أن يسعى، فيقول: يا رب! بلغ بي الجنة ونجني من النار، فيوحي الله تعالى إليه: عبدي! إن أنا نجيتك من النار وأدخلتك الجنة؛ أتعترف لي بذنوبك وخطاياك؟ فيقول العبد: نعم يا رب! وعزتك وجلالك! لئن نجيتني من النار؛ لأعترفن لك بذنوبي وخطاياي. فيجوز الجسر، ويقول العبد فيما بينه وبين نفسه: لئن اعترفت له بذنوبي وخطاياي ليردني إلى النار، فيوحي الله إليه: عبدي! اعترف لي بذنوبك وخطاياك أغفرها لك، وأدخلك الجنة! فيقول العبد: لا وعزتك! ما أذنبت ذنبا قط، ولا أخطأت خطيئة قط، فيوحي الله إليه: عبدي! إن لي عليك بينة، فيلتفت العبد يمينا وشمالا، فلا يرى أحدا، فيقول: يا رب! أرني بينتك! فيستنطق الله جلده بالمحقرات، فإذا رأى ذلك العبد؛ يقول: يا رب! عندي – وعزتك! – العظائم المضمرات! فيوحي الله عز وجل إليه: عبدي! أنا أعرف بها منك، اعترف لي بها أغفرها لك، وأدخلك الجنة! فيعترف العبد بذنوبه؛ فيدخل الجنة. ثم ضحك رسول الله ﷺ حتى بدت نواجذه يقول: هذا أدنى أهل الجنة منزلة؛ فكيف بالذي فوقه؟!

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya manusia terakhir yang masuk ke dalam syurga ialah seorang lelaki yang terumbang-ambing di titian sirat belakang ke depan; seperti anak kecil yang dipukul ayahnya dan dia lari daripadanya. Amalannya terlalu lemah untuk membantunya berusaha (agar selamat), maka dia berkata: “Wahai Tuhanku, sampaikan aku ke syurga dan jauhkan diriku daripada api neraka.” Maka Allah SWT mewahyukan kepadanya: “Hamba-Ku! Jika Aku menyelamatkan dirimu daripada api neraka dan Aku memasukkan dirimu ke dalam syurga, adakah engkau akan mengakui segala dosa dan kesalahanmu?”. Maka hamba tersebut menjawab: “Benar Wahai Tuhanku! Demi Keagungan-Mu dan Kemuliaan-Mu, jika Engkau menyelamatkanku dari api neraka, maka aku akan mengakui segala dosa dan kesalahanku.” Maka dia mampu melalui titian tersebut, dan hamba tersebut berkata dalam dirinya: “Sekiranya aku mengakui kepada-Nya segala dosa dan kesilapanku maka aku akan diheret ke dalam api neraka.” Maka Allah mewahyukan kepadanya: “Hamba-Ku! Akuilah segala dosa dan kesilapanmu, maka Aku akan mengampuninya dan memasukkan dirimu ke dalam syurga”. Lalu hamba tersebut berkata: “Tidak, Demi Keagungan-Mu! sesungguhnya aku tidak pernah melakukan dosa dan kesalahan sama sekali.” Maka Allah mewahyukan kepadanya: “Hamba-Ku! sesungguhnya aku memiliki bukti ke atasmu”. Maka (hamba tersebut) melihat ke kanan dan kiri, namun tidak melihat seseorang pun, lalu berkata: “Wahai Tuhan! Tunjukkan kepadaku bukti-Mu.” Maka Allah menjadikan kulitnya berbicara dengan perkara-perkara remeh. Maka apabila hamba tersebut menyaksikan (keajaiban) tersebut dia berkata: “Demi Tuhan! Aku memiliki (dosa) besar yang tersembunyi” Maka Allah Azzawajalla mewahyukan kepadanya: “Wahai hamba-Ku! Aku lebih mengetahui tentang dosamu daripada dirimu sendiri. Akuilah kepada-Ku dosa-dosamu, Aku akan mengampuninya dan memasukkanmu ke dalam syurga”. Maka dia pun masuk ke dalam syurga. Kemudian Rasulullah ﷺ ketawa sehingga terlihat gigi gerahamnya dan bersabda: “Ini perihal orang yang paling rendah kedudukannya di dalam syurga, maka bagaimana dengan yang di atasnya?”.

STATUS

Sangat munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 534-535, hadis nombor 2827. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منکر جدا) عن أبي أمامة – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: «إن آخر رجل يدخل الجنة رجل يتقلّب على الصّراط ظهرا لبطن؛ كالغلام يضربه أبوه وهو يفر منه؛ يعجز عنه عمله أن يسعى، فيقول: يا ربّ بلّغ بي الجنّة، ونجني من النار. فيوحي الله -تعالى- إليه: عبدي! إن أنا نجيتك من النار وأدخلتك الجنة؛ أتعترف لي بذنوبك وخطاياك؟ فيقول العبد: نعم يا رب! وعزتك وجلالك! لئن تنجني من النار؛ لأعترفن لك بذنوبي وخطاياي. فيجوز الجسر، ويقول العبد فيما بينه وما بين نفسه: لئن اعترفتُ لك بذنوبي وخطاياي ليردني إلى النار. فيوحي الله إليه: عبدي! اعترف لي بذنوبك وخطاياك أغفرها لك وأدخلك الجنة. فيقول العبد: لا -وعزتك!-؛ ما أذنبت ذنبا قط، ولا أخطأت خطيئة قط! فيوحي الله إليه: عبدي! إن لي عليك بينة، فيلتفت يمينا وشمالا فلا يرى أحدا؛ فيقول: یا رب! أرني بينتك، فيستنطق الله جلده بالمحقرات، فإذا رأى ذلك العبد؛ يقول: یا رب! عندي -وعزتك!- العظائم المضمرات. فيوحي الله -عز وجل- إليه: عبدي! أنا أعرف بها منك، اعترف لي بها أغفرها لك وأدخلك الجنة. فيعترف العبد بذنوبه؛ فيدخل الجنة. ثم ضحك رسول الله -ﷺ- حتى بدت نواجذه؛ يقول: هذا أدنى أهل الجنة منزلة، فكيف بالذي فوقه؟!». [طب، «الضعيفة» (5383، 6027)].

(Sangat Munkar) Daripada Abū Umāmah RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: Sesungguhnya manusia terakhir yang masuk ke dalam syurga ialah seorang lelaki yang terumbang-ambing di titian sirat belakang ke depan; seperti anak kecil yang dipukul ayahnya dan dia lari daripadanya. Amalannya terlalu lemah untuk membantunya berusaha (agar selamat), maka dia berkata: “Wahai Tuhanku, sampaikan aku ke syurga dan jauhkan diriku daripada api neraka.” Maka Allah SWT mewahyukan kepadanya: “Hamba-Ku! Jika Aku menyelamatkan dirimu daripada api neraka dan Aku memasukkan dirimu ke dalam syurga, adakah engkau akan mengakui segala dosa dan kesalahanmu?”. Maka hamba tersebut menjawab: “Benar Wahai Tuhanku! Demi Keagungan-Mu dan Kemuliaan-Mu, jika Engkau menyelamatkanku dari api neraka, maka aku akan mengakui segala dosa dan kesalahanku.” Maka dia mampu melalui titian tersebut, dan hamba tersebut berkata dalam dirinya: “Sekiranya aku mengakui kepada-Nya segala dosa dan kesilapanku maka aku akan diheret ke dalam api neraka.” Maka Allah mewahyukan kepadanya: “Hamba-Ku! Akuilah segala dosa dan kesilapanmu, maka Aku akan mengampuninya dan memasukkan dirimu ke dalam syurga”. Lalu hamba tersebut berkata: “Tidak, Demi Keagungan-Mu! sesungguhnya aku tidak pernah melakukan dosa dan kesalahan sama sekali.” Maka Allah mewahyukan kepadanya: “Hamba-Ku! sesungguhnya aku memiliki bukti ke atasmu”. Maka (hamba tersebut) melihat ke kanan dan kiri, namun tidak melihat seseorang pun, lalu berkata: “Wahai Tuhan! Tunjukkan kepadaku bukti-Mu.” Maka Allah menjadikan kulitnya berbicara dengan perkara-perkara remeh. Maka apabila hamba tersebut menyaksikan (keajaiban) tersebut dia berkata: “Demi Tuhan! Aku memiliki (dosa) besar yang tersembunyi.” Maka Allah Azzawajalla mewahyukan kepadanya: “Wahai hamba-Ku! Aku lebih mengetahui tentang dosamu daripada dirimu sendiri. Akuilah kepada-Ku dosa-dosamu, Aku akan mengampuninya dan memasukkanmu ke dalam syurga”. Maka dia pun masuk ke dalam syurga. Kemudian Rasulullah ﷺ ketawa sehingga terlihat gigi gerahamnya dan bersabda: “Ini perihal orang yang paling rendah kedudukannya di dalam syurga, maka bagaimana dengan yang di atasnya?”. [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5383, 6027].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs