Sesungguhnya para malaikat Allah itu mengenali anak-anak Adam

TEKS BAHASA ARAB

إن ملائكة الله يعرفون بني آدم – أحسبه قال: ويعرفون أعمالهم – فإذا نظروا إلى عبد يعمل بطاعة الله ذكروه بينهم وسموه وقالوا: أفلح الليلة فلان، نجا الليلة فلان، وإذا نظروا إلى عبد يعمل بمعصية الله ذكروه بينهم وسموه وقالوا: هلك فلان الليلة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya para malaikat Allah itu mengenali anak-anak Adam – aku mengira beliau berkata: “mereka juga mengenali amalan mereka –, maka apabila mereka melihat seorang hamba melakukan ketaatan kepada Allah; mereka akan menyebutnya dalam kalangan mereka, menamakannya dan mereka berkata: “Si polan telah berjaya pada malam ini, si polan telah selamat pada malam ini.” Manakala apabila mereka melihat kepada hamba yang melakukan maksiat kepada Allah; mereka akan menyebutnya dalam kalangan mereka, menamakannya dan mereka berkata: “Si polan telah binasa pada malam ini”.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 570, hadis nombor 2950. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جداً) عن أبي هريرة – رضي الله عنه – قَالَ: قَالَ ﷺ: «إن ملائكة الله يعرفون بني آدم – أحسبه قال: ويعرفون أعمالهم – فإذا نظروا إلى عبد يعمل بطاعة الله ذكروه بينهم وسموه وقالوا: أفلح الليلة فلان، نجا الليلة فلان، وإذا نظروا إلى عبد يعمل بمعصية الله ذكروه بينهم وسموه وقالوا: هلك فلان الليلة». [البزار، «الضعيفة» (6766)].

(Sangat Lemah) Daripada Abū Hurairah RA, beliau berkata: Baginda ﷺ bersabda: “Sesungguhnya para malaikat Allah itu mengenali anak-anak Adam – aku mengira beliau berkata: mereka juga mengenali amalan mereka –, maka apabila mereka melihat seorang hamba melakukan ketaatan kepada Allah; mereka akan menyebutnya dalam kalangan mereka, menamakannya dan mereka berkata: “Si polan telah berjaya pada malam ini, si polan telah selamat pada malam ini.” Manakala apabila mereka melihat kepada hamba yang melakukan maksiat kepada Allah; mereka akan menyebutnya dalam kalangan mereka, menamakannya dan mereka berkata: “Si polan telah binasa pada malam ini”. [Riwayat al-Bazzār dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6766].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs