Sesungguhnya para malaikat merasa gembira dengan berakhirnya musim sejuk

TEKS BAHASA ARAB

إن الملائكة لتفرح بذهاب ‌الشتاء، لما يدخل على فقراء المؤمنين منه من الشدة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya para malaikat merasa gembira dengan berakhirnya musim sejuk kerana ia membawa kesukaran buat para fakir miskin dalam kalangan orang beriman.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 592 – 593, hadis nombor 3050. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن ابن عباس – رضي الله عنهما – مرفوعا: ((إن الملائكة لتفرح بذهاب ‌الشتاء، لما يدخل على فقراء المؤمنين منه من الشدة)). [عد، عق، طب، ((الضعيفة)) (643)].

(Munkar) Daripada Ibn Abbas RA secara marfu’ (dinisbahkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya para malaikat merasa gembira dengan berakhirnya musim sejuk kerana ia membawa kesukaran buat para fakir miskin dalam kalangan orang beriman. [Riwayat Ibn 'Adi dalam kitab al-Kamil fi al-Ḍhu’afa’, al-'Uqaily dalam al-Ḍhu’afa’ al-Kabir, dan al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 643].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs