Sesungguhnya perasaan cemburu itu sebahagian daripada iman

TEKS BAHASA ARAB

إن الغيرة من الإيمان، وإن المذاء من النفاق، و(المذاء): الديوث.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya perasaan cemburu itu sebahagian daripada iman dan sesungguhnya pelaku miza’ (suami membiarkan lelaki lain bersedap-sedap bersama isterinya) itu sebahagian daripada kemunafikan. Pelaku miza’ itu ialah seorang yang dayus.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 570, hadis nombor 2948. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن زيد بن أسلم، قال: قال ﷺ: «إن الغيرة من الإيمان، وإن المذاء من النفاق، و(المذاء): الديوث». [هق، «الضعيفة» (7075)].

(Lemah) Daripada Zayd bin Aslam, beliau berkata: Baginda ﷺ bersabda: “Sesungguhnya perasaan cemburu itu sebahagian daripada iman dan sesungguhnya pelaku miza’ (suami membiarkan lelaki lain bersedap-sedap bersama isterinya) itu sebahagian daripada kemunafikan. Pelaku miza’ itu ialah seorang yang dayus.” [Riwayat al-Bayhaqī dalam al-Sunan al-Kubrā. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 7075].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs