Sesungguhnya permaafan Allah SWT yang pertama untuk hamba-Nya di dunia

TEKS BAHASA ARAB

إن أول معافاة الله العبد في الدنيا أن يستر عليه سيئاته في الدنيا، وإن أول خزي الله العبد أن يظهر عليه سيئاته.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya kemaafan Allah yang pertama bagi hamba di dunia itu ialah Dia menutup keburukannya di dunia. Sesungguhnya penghinaan Allah yang pertama bagi hamba di dunia itu ialah Dia mendedahkan kepadanya keburukannya.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 568, hadis nombor 2941. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن ‌بلال ‌بن ‌يحيى، قَالَ: قَالَ ﷺ: «إن أول معافاة الله العبد في الدنيا أن يستر عليه سيئاته في الدنيا، وإن أول خزي الله العبد أن يظهر عليه سيئاته». [أبو نعيم في «معرفة الصحابة»، «الضعيفة» (7120)].

(Munkar) Daripada Bilāl bin Yaḥyā, beliau berkata: Baginda ﷺ bersabda: “Sesungguhnya kemaafan Allah yang pertama bagi hamba di dunia itu ialah Dia menutup keburukannya di dunia. Sesungguhnya penghinaan Allah yang pertama bagi hamba di dunia itu ialah Dia mendedahkan kepadanya keburukannya.” [Riwayat Abū Nu‘aym dalam Ma‘rifah al-Ṣaḥābah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 7120].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs