Sesungguhnya seorang hamba akan tinggal sebagai seorang mukmin berkurun lamanya

TEKS BAHASA ARAB

إن العبد يلبث مؤمنا أحقابا، ثم أحقابا ثم يموت والله عنه ساخط، وإن العبد يلبث كافرا أحقابا، ثم أحقابا ثم يموت والله عنه راض، ومن مات همازا لمازا ملقبا للناس، كان علامته يوم القيامة أن يسمه الله على الخرطوم من كلا الشفتين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya seorang hamba akan tinggal sebagai seorang mukmin berkurun lamanya, kemudian berkurun lagi lamanya kemudian akan mati dan Allah akan murka kepadanya. Sesungguhnya seorang hamba akan tinggal sebagai seorang kafir berkurun lamanya, kemudian berkurun lagi lamanya kemudian akan mati dan Allah akan reda kepadanya. Sesiapa yang mati dalam keadaan suka mencaci, suka mencela dan menggelar manusia, Allah akan memberinya tanda di atas hidungnya daripada kedua bibirnya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 680, hadis nombor 3498. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الله بن عمرو -رضي الله عنهما-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((إن العبد يلبث مؤمنا أحقابا، ثم أحقابا ثم يموت والله عنه ساخط، وإن العبد يلبث كافرا أحقابا، ثم أحقابا ثم يموت والله عنه راض، ومن مات همازا لمازا ملقبا للناس، كان علامته يوم القيامة أن يسمه الله على الخرطوم من كلا الشفتين)). [الفسوي، طس، ((الضعيفة)) (5517)]

(Lemah) Daripada ‘Abdullah bin ‘Amr RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya seorang hamba akan tinggal sebagai seorang mukmin berkurun lamanya, kemudian berkurun lagi lamanya kemudian akan mati dan Allah akan murka kepadanya. Sesungguhnya seorang hamba akan tinggal sebagai seorang kafir berkurun lamanya, kemudian berkurun lagi lamanya kemudian akan mati dan Allah akan reda kepadanya. Sesiapa yang mati dalam keadaan suka mencaci, suka mencela dan menggelar manusia, Allah akan memberinya tanda di atas hidungnya daripada kedua bibirnya. [Riwayat Ya’qūb al-Fasawī dalam al-Ma‘rifah wa al-Tārīkh, al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5517]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs