Sesungguhnya seseorang itu, tidaklah seorang Mukmin sehingga hatinya dan lidahnya sama

TEKS BAHASA ARAB

إن الرجل لا يكون مؤمنا حتى يكون قلبه مع لسانه سواء، ويكون لسانه مع قلبه سواء، ولا يخالف قوله عمله، ويأمن جاره بوائقه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya seseorang itu, tidaklah seorang Mukmin sehingga hatinya dan lidahnya sama, juga lidah dan hatinya sama, dan tidak bertentangan antara perkataannya dan juga perbuatannya, begitu juga sehingga jiran-jirannya atau orang sekitarnya selesa dan aman dengannya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2037 hadis nombor 10258. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أنس بن مالك – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: إن الرجل لا يكون مؤمنا حتى يكون قلبه مع لسانه سواء، ويكون لسانه مع قلبه سواء، ولا يخالف قوله عمله، ويأمن جاره بوائقه.
[الأصبهاني، ((الضعيفة)) (5304)]

(Lemah)
Daripada Anas bin Malik RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya seseorang itu, tidaklah seorang Mukmin sehingga hatinya dan lidahnya sama, juga lidah dan hatinya sama, dan tidak bertentangan antara perkataannya dan juga perbuatannya, begitu juga sehingga jiran-jirannya atau orang sekitarnya selesa dan aman dengannya.
[Riwayat al-Asbahani. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5304]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs