Sesungguhnya Uthman akan berpindah dari satu tempat

TEKS BAHASA ARAB

سئل أفي الجنة برق قال نعم إن عثمان ليتحول من منزل إلى منزل فتبرق له الجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Baginda ditanya: Adakah di syurga terdapat kilat. Nabi menjawab: Ya. Sesungguhnya Uthman akan berpindah dari satu tempat ke satu tempat maka akan menyebabkan syurga bercahaya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 94. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

سهل بن سعد «سُئِلَ أَفِي الْجَنَّةِ بَرْقٌ قَالَ نَعَمْ إِنَّ عُثْمَانَ لَيَتَحَوَّلُ مِنْ مَنْزِلٍ إِلَى مَنْزِلٍ فَتَبْرُقُ لَهُ الْجنَّة» آفته الْحُسَيْن ابْن عبيد الله الْعجلِيّ قلت صَححهُ الْحَاكِم على شَرط الشَّيْخَيْنِ وَتعقبه الذَّهَبِيّ وَقَالَ بل مَوْضُوع.

Daripada Sahl Bin Sa’id:
“Baginda ditanya: Adakah di syurga terdapat kilat. Nabi menjawab: Ya. Sesungguhnya Uthman akan berpindah dari satu tempat ke satu tempat maka akan menyebabkan syurga bercahaya.” Punca kecacatan hadith ini ialah al-Husain Bin Ubaidullah al-‘Ijli. Saya katakan: al-Hakim menilai hadith ini sebagai sahih dan kemudian al-Zahabi memberikan komentarnya. Beliau berkata: Bahkan ini adalah hadith palsu.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs