Setiap kemusykilan itu haram dan tidak ada kemusyikilan dalam agama

TEKS BAHASA ARAB

كل مشكل حرام، وليس في الدين إشكال.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Setiap kemusykilan itu haram dan tidak ada kemusyikilan dalam agama.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 453, hadis nombor 2428. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن تميم الداري – رضي الله عنه – مرفوعا: «كل مشكل حرام، وليس في الدين إشكال». [الروياني، طب، عد، إسحاق بن إسماعيل الرملي في «حديث آدم ابن أبي إياس»، القضاعي «الضعيفة» (1404)].

(Palsu) Daripada Tamim al-Dari RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): “Setiap kemusykilan itu haram dan tidak ada kemusyikilan dalam agama.” [Riwayat al-Ruyani, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu’afa’, Ishaq bin Isma'il al-Ramli dalam Hadith Ādam Ibn Abi Iyyas dan al-Qudha’i. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1404].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs