Setiap perkara mempunyai bonggolnya dan bonggol umat ini ialah bapa saudaraku al-‘Abbas

TEKS BAHASA ARAB

لكل شيء أس، وأس الإيمان الورع، ولكل شيء فرع، وفرع الإيمان الصبر، ولكل شيء سنام، وسنام هذه الأمة عمي العباس، ولكل شيء سبط، وسبط هذه الأمة حبيباي الحسن والحسين، ولكل شيء جناح، وجناح هذه الأمة أبو بكر وعمر، ولكل شيء مجن، ومجن هذه الأمة علي بن أبي طالب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Setiap perkara mempunyai asas dan asas iman ialah warak. Setiap perkara ada cabangnya dan cabang iman ialah kesabaran. Setiap perkara mempunyai bonggolnya dan bonggol umat ini ialah bapa saudaraku al-‘Abbas. Setiap perkara mempunyai cucunya dan cucu umat ini ialah dua kekasihku al-Hasan dan al-Husayn. Setiap perkara mempunyai sayapnya dan sayap umat ini ialah Abu Bakar dan ‘Umar. Setiap perkara ada baju perisai dan baju perisai umat ini ialah ‘Ali bin Abu Talib.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 457, hadis nombor 2448. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عباس –رضي الله عنهما- مرفوعا: ((لكل شيء أس، وأس الإيمان الورع، ولكل شيء فرع، وفرع الإيمان الصبر، ولكل شيء سنام، وسنام هذه الأمة عمي العباس، ولكل شيء سبط، وسبط هذه الأمة حبيباي الحسن والحسين، ولكل شيء جناح، وجناح هذه الأمة أبو بكر وعمر، ولكل شيء مجن، ومجن هذه الأمة علي بن أبي طالب)). [ابن عساكر، ((الضعيفة))، (1913)].

(Palsu) Daripada Ibn Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Setiap perkara mempunyai asas dan asas iman ialah warak. Setiap perkara ada cabangnya dan cabang iman ialah kesabaran. Setiap perkara mempunyai bonggolnya dan bonggol umat ini ialah bapa saudaraku al-‘Abbas. Setiap perkara mempunyai cucunya dan cucu umat ini ialah dua kekasihku al-Hasan dan al-Husayn. Setiap perkara mempunyai sayapnya dan sayap umat ini ialah Abu Bakar dan ‘Umar. Setiap perkara ada baju perisai dan baju perisai umat ini ialah ‘Ali bin Abu Talib.” [Riwayat Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1913]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs