Setiap sesuatu ada zakat

TEKS BAHASA ARAB

لكل شيء زكاة وزكاة الدار بيت الضيافة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Setiap sesuatu ada zakat, zakat bagi sesebuah rumah adalah melayan tetamu.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 67, hadis nombor 372. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Ia melalui riwayat Ahmad bin ‘Uthman al-Nahrawani daripada ‘Abdullah bin ‘Abdul Quddus daripada Abu Soleh al-Karkhi, al-Naqqash berkata dalam kitab Mawdhu’at beliau: Salah seorang daripada mereka berdua telah memalsukannya.

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr(2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs