Setiap tahun kamu akan semakin rendah dan hina

TEKS BAHASA ARAB

حديث: كل عام ترذلون.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Setiap tahun kamu akan semakin rendah dan hina.

STATUS

Bukan Hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 287, hadis nombor 51. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

روى من كلام الحسن البصري، ومعناه في البخاري بلفظ: لا يأتي عليكم زمان إلا والذي بعده شر منه حتى تلقو ربكم. وروى ذلك من قول ابن مسعود.

Diriwayatkan daripada kata-kata al-Hasan al-Basri. Dan maknanya ada dalam riwayat al-Bukhari dengan lafaz, "tidak akan datang kepadamu satu zaman, melainkan selepasnya lebih buruk daripadanya, sehinggalah kamu bertemu tuhanmu". Juga ada riwayat daripada kata-kata Ibn Mas’ud

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs