Sifat amanah itu ada pada kabilah al-Azd

TEKS BAHASA ARAB

الأمانة في الأزد، والحياء في قريش.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sifat amanah itu ada pada kabilah al-Azd dan sifat malu itu ada pada Quraisy.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1802, hadis nombor 9083. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي معاوية بن عبد اللات مرفوعا: ((الأمانة في الأزد، والحياء في قريش)). [ابن منده، ((الضعيفة)) (1591)]

(Lemah) Daripada Abu Muawiyah bin Abd al-Lat secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): "Sifat amanah itu ada pada kabilah al-Azd dan sifat malu itu ada pada Quraisy." [Riwayat Ibn Mandah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1591]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs