Sikap berlengah-lengah itu ialah bayangan syaitan yang dia campakkan ke dalam hati orang-orang mukmin

TEKS BAHASA ARAB

التسويف شعاع الشيطان يلقيه في قلوب المؤمنين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sikap berlengah-lengah itu ialah bayangan syaitan yang dia campakkan ke dalam hati orang-orang mukmin.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 453, hadis nombor 2425. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي سلمة عن أبيه – رضي الله عنه – رفعه: «التسويف شعاع الشيطان يلقيه في قلوب المؤمنين». [عد، فر، «الضعيفة» (1360)].

(Palsu) Daripada Abu Salamah, daripada ayahnya (Abdul Rahman bin ‘Awf) RA, beliau memarfu’kannya (menyandarkannya kepada Nabi ﷺ) : “Sikap berlengah-lengah itu ialah bayangan syaitan yang dia campakkan ke dalam hati orang-orang mukmin.” [Riwayat Ibn ‘Adi dalam kitab al-Kamil fi al-Dhu’afa’, al-Daylami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1360].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs