Solat dua rakaat pada malam Jumaat

TEKS BAHASA ARAB

ركعتان في ليلة الجمعة بإذا زلزلت خمس عشر مرة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Solat dua rakaat pada malam Jumaat dengan membaca Surah al-Zalzalah sebanyak lima belas kali.

STATUS

Sanadnya lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 42. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

في اللآلئ «ركعتان في ليلة الجمعة بإذا زلزلت خمس عشر مرة» فيه منكر الحديث وقال ابن حجر سنده ضعيف وله طريق آخر بسند ضعيف.

Di dalam kitab al-La’ali menyebut:
“Solat dua rakaat pada malam Jumaat dengan membaca Surah al-Zalzalah sebanyak lima belas kali.”
Di dalamnya terdapat perawi yang munkar. Ibn Hajar berkata: Sanadnya lemah dan mempunyai jalur periwayatan lain yang juga lemah.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs