Solat itu tiang agama

TEKS BAHASA ARAB

أحب شيء عند الله في الإسلام الصلاة لوقتها، ومن ترك الصلاة فلا دين له، والصلاة عماد الدين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Perkara paling disukai Allah dalam Islam ialah solat pada waktunya. Dan siapa yang meninggalkan solat maka tiada agama baginya. Dan solat itu tiang agama.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 560, hadis nombor 2908. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عمر -رضي الله عنه – قال: جاء رجل فقال: يا رسول الله، أي شيء أحب عند الله في الإسلام؟ قال: ((الصلاة لوقتها، ومن ترك الصلاة فلا دين له، والصلاة عماد الدين)).
[هب، ((الضعيفة)) (6967)]

(Lemah)
Daripada Umar RA, beliau berkata: Seorang lelaki datang lalu berkata: Wahai Rasulullah, apakah perkara paling disukai Allah dalam Islam? Baginda menjawab: “Solat pada waktunya. Dan siapa yang meninggalkan solat maka tiada agama baginya. Dan solat itu tiang agama.”
[Riwayat al-Baihaqi dalam kitab Shu’ab al-Iman. Lihat al-Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6967]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.