TEKS BAHASA ARAB
الجمعة حج الفقراء.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Solat Jumaat adalah haji bagi orang-orang fakir.
STATUS
Batil
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 31, hadis nombor 149. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
al-Dailami turut mengeluarkannya melalui hadith Ibn 'Umar dengan lafaz: “Ayam adalah ibarat kambing bagi orang-orang fakir dalam kalangan umatku manakala solat Jumaat pula adalah haji bagi orang-orang fakir umatku”. Ia hadith yang batil dengan kedua-dua lafaznya sebagaimana dikatakan oleh para huffaz.
RUJUKAN
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.