Sukailah sesiapa yang engkau mahu

TEKS BAHASA ARAB

أحبب من شئت فإنك مفارقه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sukailah sesiapa yang engkau mahu, sesungguhnya nanti engkau akan berpisah dengannya.

STATUS

Hasan

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 49. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

فيه شرف المؤمن قيامه بالليل إلخ. وفيه محمد بن حميد كذبه أبو زرعة وغيره وزافر سيئ الحفظ لا يتابع على عامة ما يرويه: قلت صححه الحاكم قال ابن حجر اختلف فيه نظر حافظين في طرفي تناقض فصححه الحاكم ووهاه ابن الجوزي، والصواب أن لا يحكم بالوضع ولا بالصحة قلت قد حسنه المنذري ولصدره شاهد عن جابر وروى عن أهل البيت.

Di dalam hadith ini ada juga disebutkan:
“Kemuliaan bagi orang mukmin adalah bangun (beribadah) pada waktu malam.”
Dalam sanad hadith ini terdapat Muhammad Bin Humaid. Abu Zur’ah dan lain-lain menilainya sebagai perawi yang suka berdusta. Zafir pula adalah perawi yang buruk hafalannya. Riwayatnya tidak boleh dijadikan sokongan. Aku katakan: Al-Hakim menilainya sahih. Ibn Hajar berkata: Hukum hadith tersebut adalah beberapa perselisihan. Para huffaz melihat ada percanggahan. Maka al-Hakim menilainya sebagai sahih manakala Ibn Jauzi menilainya sebagai daif. Yang betulnya, hadith tersebut tidak boleh dinilai sebagai hadith yang palsu mahupun sahih. Aku katakan lagi: Al-Munziri menilainya sebagai hadith hasan. Ini kerana Ia mempunyai syahid (riwayat sokongan) daripada Jabir dan ia juga diriwayatkan daripada ahlul bayt.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs