Surah al-Fatihah berada di tahap yang tidak boleh dicapai oleh mana-mana surah al-Qur'an

TEKS BAHASA ARAB

فاتحة الكتاب تجزي ما لا يجزي شيء من القرآن، ولو أن فاتحة الكتاب جعلت في كفة الميزان، وجعل القرآن في الكفة الأخرى، لفضلت فاتحة الكتاب على القرآن سبع مرات.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Surah al-Fatihah berada di tahap yang tidak boleh dicapai oleh mana-mana surah al-Qur’an. Sekiranya surah al-Fatihah diletakkan pada sebelah timbangan dan al-Qur’an pula diletakkan pada sebelah yang lain, pastilah surah al-Fatihah melebihi surah-surah al-Qur’an lain sebanyak 7 kali ganda.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1473, hadis nombor 7505. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي الدرداء -رضي الله عنه – رفعه: ((فاتحة الكتاب تجزي ما لا يجزي شيء من القرآن، ولو أن فاتحة الكتاب جعلت في كفة الميزان، وجعل القرآن في الكفة الأخرى، لفضلت فاتحة الكتاب على القرآن سبع مرات)). [ فر، ((الضعيفة)) (3996)]

(Sangat Lemah)
Daripada Abu al-Darda’ RA, beliau memarfu’kannya (menyandarkannya kepada Nabi SAW): Surah al-Fatihah berada di tahap yang tidak boleh dicapai oleh mana-mana surah al-Qur’an. Sekiranya surah al-Fatihah diletakkan pada sebelah timbangan dan al-Qur’an pula diletakkan pada sebelah yang lain, pastilah surah al-Fatihah melebihi surah-surah al-Qur’an lain sebanyak 7 kali ganda.
[Riwayat al-Daylami dalam al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3996]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.