Syirik lebih tersembunyi daripada pandangan manusia berbanding semut yang merayap di atas bukit Safa pada waktu malam

TEKS BAHASA ARAB

الشرك أخفى في أمتي من دبيب النمل على الصفا في الليلة الظلماء، وأدناه أن تحب على شيء من الجور أو تبغض على شيء من العدل، وهل الدين إلا الحب في الله والبغض في الله؟ قال الله تعالى: {قل إن كنتم تحبون الله فاتبعوني يحببكم الله}.[آل عمران: 31].

TEKS BAHASA MALAYSIA

Syirik lebih tersembunyi daripada (pandangan) umatku berbanding semut yang merayap di atas bukit Safa pada malam yang gelap gelita, dan yang paling rendah bagi syirik ialah kamu menyukai sesuatu kezaliman (kerana ia lebih dekat dengan keinginan diri) atau membenci sesuatu keadilan (kerana ia bertentangan dengan kepentingan peribadi), dan bukankah agama itu tidak lain tidak bukan hanyalah cinta (akan kebaikan) kerana Allah dan benci (kepada maksiat) kerana Allah? Firman Allah SWT: ‘Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah akan mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."’ [Ali'Imraan: 31].

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 475, hadis nombor 2552. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن عائشة – رضي الله عنها – مرفوعا: ((الشرك أخفى في أمتي من دبيب النمل على الصفا في الليلة الظلماء، وأدناه أن تحب على شيء من الجور أو تبغض على شيء من العدل، وهل الدين إلا الحب في الله والبغض في الله؟ قال الله تعالى: {قل إن كنتم تحبون الله فاتبعوني يحببكم الله})).[آل عمران: 31]. [ك، حل، ((الضعيفة)) (3755)]

(Sangat Lemah)
Daripada ‘Aisyah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Syirik lebih tersembunyi daripada (pandangan) umatku berbanding semut yang merayap di atas bukit Safa pada malam yang gelap gelita, dan yang paling rendah bagi syirik ialah kamu menyukai sesuatu kezaliman (kerana ia lebih dekat dengan keinginan diri) atau membenci sesuatu keadilan (kerana ia bertentangan dengan kepentingan peribadi), dan bukankah agama itu tidak lain tidak bukan hanyalah cinta (akan kebaikan) kerana Allah dan benci (kepada maksiat) kerana Allah? Firman Allah SWT: ‘Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah akan mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."’ [Ali'Imraan: 31].
[Riwayat Mustadrak al-Ḥākim, dan Abu Nu‘aym dalam al-Hilyah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.3755]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs