Telah terjadinya pertelingkahan antara Abu Talhah dan Ummu Sulaim

TEKS BAHASA ARAB

كان بين أبي طلحة وبين أم سليم كلام، فأراد أبو طلحة أن يطلق أم سليم، فبلغ ذلك النبي صلى الله عليه وسلم، فقال: إن طلاق أم سليم لحوب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Telah terjadinya pertelingkahan antara Abu Talhah dan Ummu Sulaim. Maka Abu Talhah mahu menceraikan Ummu Sulaim. Maka khabar itu telah sampai kepada Rasulullah SAW lantas baginda SAW bersabda: “Sesungguhnya menceraikan Ummu Sulaim itu ialah dosa”.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 970, hadis nombor 5005. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أنس بن مالك – رضي الله عنه -، قال: كان بين أبي طلحة وبين أم سليم كلام، فأراد أبو طلحة أن يطلق أم سليم، فبلغ ذلك النبي صلى الله عليه وسلم، فقال: ((إن طلاق أم سليم لحوب)).
[ك، هق، البزار، ((الضعيفة)) (6606)].

(Lemah)
Daripada Anas bin Malik RA berkata: Telah terjadinya pertelingkahan antara Abu Talhah dan Ummu Sulaim. Maka Abu Talhah mahu menceraikan Ummu Sulaim. Maka khabar itu telah sampai kepada Rasulullah SAW lantas baginda SAW bersabda: “Sesungguhnya menceraikan Ummu Sulaim itu ialah dosa”.
[Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra, al-Bazzar dalam Musnad beliau. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 6606].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs