Tiada masalah bagi seorang lelaki untuk membelek-belek hamba perempuan

TEKS BAHASA ARAB

لا بأس أن يقلب الرجل الجارية إذا أراد أن يشتريها، ‌وينظر ‌إليها ما خلا عورتها، وعورتها ما بين ركبتيها إلى معقد إزارها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tiada masalah bagi seorang lelaki untuk membelek-belek hamba perempuan jika dia mahu membelinya serta (boleh) melihatnya kecuali pada aurat (hamba perempuan tersebut). Auratnya adalah antara dua lutut ke kawasan ikatan kain sarungnya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 592, hadis nombor 3049. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عباس –رضي الله عنهما– مرفوعا: ((لا بأس أن يقلب الرجل الجارية إذا أراد أن يشتريها، ‌وينظر ‌إليها ما خلا عورتها، وعورتها ما بين ركبتيها إلى معقد إزارها)). [طب، ((الضعيفة)) (424)].

(Palsu) Daripada Ibn Abbas RA secara marfu’ (dinisbahkan kepada Nabi SAW): Tiada masalah bagi seorang lelaki untuk membelek-belek hamba perempuan jika dia mahu membelinya serta (boleh) melihatnya kecuali pada aurat (hamba perempuan tersebut). Auratnya adalah antara dua lutut ke kawasan ikatan kain sarungnya. [Diriwayatkan oleh al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 424].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs