Tiada qisas pada al-Ma'mumah, al-Jaifah serta al-Munaqqilah

TEKS BAHASA ARAB

لا ‌قود في المأمومة، ولا الجائفة، ولا المنقلة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tiada qisas pada al-Ma’mumah (luka yang sampai pada lapisan pelindung otak di kepala dan tidak sampai ke otak), al-Jaifah (luka yang dalam pada tubuh selain daripada tangan, kaki mahupun kepala, yang mana luka tersebut masuk sampai ke dalam tubuh dari arah dada atau perut, lambung kanan atau kiri, punggung, pinggang, dubur, tenggorokan dan lain-lain) serta al-Munaqqilah (luka yang lebih parah yang menyebabkan tulang pindah dari tempatnya).

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 800, hadis nombor 4126. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن عباس بن عبد المطلب -رضي الله عنه- مرفوعا: ‌((لا ‌قود في المأمومة، ولا الجائفة، ولا المنقلة)). [ه، ع، ((الضعيفة)) (4841)]

(Munkar) Daripada ‘Abbās bin ‘Abd al-Muṭṭalib RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tiada qisas pada al-Ma’mumah (luka yang sampai pada lapisan pelindung otak di kepala dan tidak sampai ke otak), al-Jaifah (luka yang dalam pada tubuh selain daripada tangan, kaki mahupun kepala, yang mana luka tersebut masuk sampai ke dalam tubuh dari arah dada atau perut, lambung kanan atau kiri, punggung, pinggang, dubur, tenggorokan dan lain-lain) serta al-Munaqqilah (luka yang lebih parah yang menyebabkan tulang pindah dari tempatnya). [Riwayat Ibn Mājah dalam Sunannya, Abū Ya‘lā dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4841]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs