Tiada seorang bayi yang dilahirkan melainkan tertulis di kepalanya lima ayat daripada permulaan Surah Al-Taghabun

TEKS BAHASA ARAB

ما من مولود إلا مكتوب في تشبيك رأسه خمس آيات من فاتحة سورة التغابن.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tiada seorang bayi yang dilahirkan melainkan tertulis di kepalanya lima ayat daripada permulaan Surah Al-Taghabun.

STATUS

Ia merupakan ucapan Ibn Umar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 13. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

فِي الْوَجِيز «مَا مِنْ مَوْلُودٍ إِلا مَكْتُوبٌ فِي تَشْبِيكِ رَأْسِهِ خَمْسُ آيَاتٍ من فَاتِحَة سُورَة التغابن» فِيهِ وليد بن الْوَلِيد الْعَبْسِي لَا يحل الِاحْتِجَاج بِهِ. قلت قد قيل صَدُوق وَهُوَ للْبُخَارِيّ فِي تَارِيخه عَن ابْن عمر مَوْقُوف وَهُوَ أشبه. ولجماعة عَن أبي ذَر «أَن المنى يمْكث فِي الرَّحِم أَرْبَعِينَ لَيْلَة فيأتيه ملك النُّفُوس فيعرج بِهِ إِلَى الْجَبَّار فَيَقُول يَا رب عَبدك أذكر أم أُنْثَى فَيَقْضِي الله مَا هُوَ قَاض ثمَّ يَقُول يَا رب اشقي أم سعيد فَيكْتب مَا هُوَ لَاق بَين يَدَيْهِ وتلا أَبُو ذَر من فَاتِحَة سُورَة التغابن إِلَى قَوْله وصوركم فَأحْسن صوركُمْ وَإِلَيْهِ الْمصير» وَهَذَا شَاهد حسن مُبين للمراد.

Dalam kitab Al-Wajiz: “Tiada seorang bayi yang dilahirkan melainkan tertulis di kepalanya lima ayat daripada permulaan Surah Al-Taghabun.” Dalam sanad hadis ini terdapat seorang perawi yang bernama Walid Bin Al-Walid Al-Abbasi. Tidak boleh menjadikan riwayat beliau sebagai hujah. Aku katakan: Ada pandangan bahawa beliau adalah seorang perawi yang jujur (saduq). Imam Al-Bukhari pernah menukilkan riwayat beliau daripada Ibn Umar secara mauquf dalam kitab Al-Tarikh. Ia lebih hampir (kepada kebenaran). Ada sekumpulan orang meriwayatkan daripada Abu Zar: “Sesungguhnya air mani berada dalam rahim selama 40 malam. Kemudian datang malaikat . Maka malaikat tersebut membawanya naik ke langit bertemu dengan Allah Yang Maha Perkasa. Lantas malaikat berkata: Wahai Tuhan, hamba-Mu ini lelaki atau perempuan? Lalu Allah menetapkan apa yang dikehendaki-Nya. Kemudian malaikat bertanya lagi : Adakah dia tergolong dalam kalangan orang yang sedih atau gembira? Kemudian dituliskan apa yang dia akan temui di hadapan-Nya. Kemudian Abu Zar membaca permulaan Surah Al-Taghabun sehingga sampai kepada ayat {Dia menentukan bentuk rupa kamu serta memperelokkan rupa kamu; dan kepada-Nyalah tempat Kembali}. Ia adalah riwayat sokongan yang baik bagi menjelaskan makna di sebalik ayat.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs