Tiada seorang pun yang lahir melainkan dia telah direnjis

TEKS BAHASA ARAB

ما من مولود إلا وقد ذر عليه من تراب حفرته.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tiada seorang pun yang lahir melainkan dia telah direnjis dengan sebahagian tanah yang dia akan dikebumikan.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1897, hadis nombor 9538. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل)
عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله ﷺ ما من مولود إلا وقد ذر عليه من تراب حفرته.
[حل، ((الضعيفة)) (5240)]

(Batil)
Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Tiada seorang pun yang lahir melainkan dia telah direnjis dengan sebahagian tanah yang dia akan dikebumikan.
[Riwayat Abu Nu’aim dalam Hilyah al-Awliya’. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 5240]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs