Tiadalah anak Adam kecuali di kepalanya ada dua rantaian

TEKS BAHASA ARAB

ما من آدمي إلا في رأسه سلسلتان : إحداهما في السماء السابعة ، والأخرى في الأرض السابعة ، فإذا تواضع رفعه الله بالسلسلة التي في السماء ، وإذا أراد أن يرفع نفسه وضعه الله [بالسلسلة التي في الأرض].

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tiadalah anak Adam kecuali di kepalanya ada dua rantaian: yang pertama di langit yang ketujuh. Satu lagi di bumi ketujuh. Maka apabila dia merendah diri, Allah akan mengangkatnya dengan rantai yang di langit. Dan jika dia hendak mengangkat dirinya sendiri Allah akan merendahkannya [dengan rantai yang di bumi].

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 551, hadis nombor 2873. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ – رضي الله عنهما – قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ((مَا مِنْ آدَمِيٍّ إِلا فِي رَأْسِهِ ‌سِلْسِلَتَانِ: إحداهما فى السَّمَاءِ السابعة، وَالأخرى فى الأَرْضِ السابعة، فَإِذَا تَوَاضَعَ، رَفَعَهُ اللَّهُ بِالسِّلْسِلَةِ الَّتِي فِي السَّمَاءِ، وَإِذَا أراد أن يرفع نفسه وَضَعَهُ اللَّهُ [بِالسِّلْسِلَةِ الَّتِي فِي الأَرْضِ])).
[البزار، الخرائطي في ((مساوئ الأخلاق))، هب، فر، ((الضعيفة)) (6259)].

(Munkar)
Daripada Ibn Abbas RA, beliau berkata: Rasulullah SAW berkata: “Tiadalah anak Adam kecuali di kepalanya ada dua rantaian: yang pertama di langit yang ketujuh. Satu lagi di bumi ketujuh. Maka apabila dia merendah diri, Allah akan mengangkatnya dengan rantai yang di langit. Dan jika dia hendak mengangkat dirinya sendiri Allah akan merendahkannya [dengan rantai yang di bumi].”
[Riwayat al-Bazzar dan al-Kharaiti dalam kitab Masawi’ al-Akhlaq, al-Baihaqi dalam Shu’ab al-Iman, dan al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat al-Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6259].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs