Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain

TEKS BAHASA ARAB

{كلما نضجت جلودهم بدلناهم جلودا غيرها} في الساعة الواحدة عشرين ومئة مرة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

{Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu} [Surah al-Nisa’ ayat 56] pada satu ketika sebanyak 120 kali.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 697, hadis nombor 3579. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عمر -رضي الله عنهما-، قال: تلا رجل عند عمر هذه الآية: {كلما نضجت جلودهم بدلناهم جلوداً غيرها ليذوقوا العذاب} [النساء: ٥٦]، قال: فقال عمر: أعدها علي – وثم كعب-. فقال: يا أمير المؤمنين! أما إن عندي تفسير هذه الآية؛ قرأتها قبل الإسلام. قال: فقال: ‌هاتها ‌يا ‌كعب! فإن جئت بما سمعت من رسول الله صلى الله عليه وسلم؛ صدقناك، وإلا؛ لم ننظر فيها. فقال: إني قرأتها قبل الإسلام: ({كلما نضجت جلودهم بدلناهم جلوداً غيرها ليذوقوا العذاب} [النساء: ٥٦] في الساعة الواحدة عشرين ومئة مرة). فقال عمر: هكذا سمعت من رسول الله صلى الله عليه وسلم. [حل، ((الضعيفة)) (٦٨٩٩)]

(Palsu) Daripada Ibn ‘Umar RA, beliau berkata: Seorang lelaki membaca di sisi ‘Umar ayat ini: {Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu} [Surah al-Nisa’ ayat 56]. Dia berkata: Lalu ‘Umar berkata: Ulang ia semula kepadaku dan di sana ada Ka‘ab. Lalu dia berkata: Wahai Amir al-Mu’minin! Di sisiku ada tafsir ayat ini, aku membacanya sebelum Islam. Dia berkata: Rasulullah SAW bersabda: Bawakan kepadaku wahai Ka‘ab! Jika kamu membawa apa yang kamu dengar daripada Rasulullah SAW, kami akan membenarkannya. Jika tidak, kami tidak akan melihat engkau. Lalu dia berkata aku membacanya sebelum Islam, {Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu} [Surah al-Nisa’ ayat 56] pada satu ketika sebanyak 120 kali. Lalu ‘Umar berkata: Beginilah aku mendengar daripada Rasulullah SAW. [Riwayat Abū Nu‘aim dalam Ḥilyah al-Auliyā’. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6899]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs