Tidak ada hari yang lebih Allah sukai untuk Dia disembah padanya mengatasi sepuluh hari Zulhijjah

TEKS BAHASA ARAB

ما من أيام أحب إلى الله أن يتعبد له فيها من عشر ذي الحجة؛ يعدل صيام كل يوم منها بصيام سنة، وقيام كل ليلة منها بقيام ليلة القدر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak ada hari yang lebih Allah sukai untuk Dia disembah padanya mengatasi sepuluh hari Zulhijjah. Puasa pada setiap hari daripada hari-hari tersebut adalah menyamai puasa selama setahun. Manakala bangun pada setiap malam daripada hari-hari tersebut (adalah menyamai) dengan bangun pada malam lailatulqadar.

STATUS

Lemah dengan sempurna begini

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 509, hadis nombor 2708. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعیف بهذا التمام) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- مرفوعا: «ما من أيام أحب إلى الله أن يتعبد له فيها من عشر ذي الحجة؛ يعدل صيام كل يوم منها بصيام سنة، وقيام كل ليلة منها بقيام ليلة القدر». [ت، هـ، ابن مخلد في «المنتقى من أحادیثه»، ابن الأعرابي، البغوي، القاضي أبو يعلى في «المجالس الستة»، «الضعيفة» (5142/م)].

(Lemah Dengan Sempurna Begini) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): Tidak ada hari yang lebih Allah sukai untuk Dia disembah padanya mengatasi sepuluh hari Zulhijjah. Puasa pada setiap hari daripada hari-hari tersebut adalah menyamai puasa selama setahun. Manakala bangun pada setiap malam daripada hari-hari tersebut (adalah menyamai) dengan bangun pada malam lailatulqadar. [Riwayat al-Tirmizi dalam Sunannya, Ibn Majah dalam Sunannya, Ibn Makhlad dalam al-Muntaqa min Ahadithih, Ibn al-A'rabi dalam al-Zuhd, al-Baghawi dalam Sharh al-Sunnah dan al-Qadi Abu Ya'la dalam al-Majalis al-Sittah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, 5142/م].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs